PERMATANG PAUH BERUBAH “WARNA” SELEPAS PRU14?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sudah pasti akan berhempas pulas mempertahankan Parlimen Permatang Pauh yang menjadi ‘mercu tanda’ kekebalan bagi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

PKR tidak akan membenarkan parti lain merampas kerusi itu yang kini diwakili Dr. Wan Azizah selaku presiden parti tersebut di samping, Presiden Pakatan Harapan.

Anwar ialah Ketua Umum PKR dan Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala Nurul Izzah ialah Naib Presiden PKR dan Naib Presiden Pakatan Harapan.

Walaupun dilanda ‘ribut dan taufan’ pada PRU14 nanti, PKR dan sekutunya akan mempertahankan kawasan ‘panas’ itu.

Parlimen tersebut penting kerana di situlah Anwar mula bertapak dalam kancah politik UMNO, daripada ahli biasa hingga membawa beliau ke jawatan Timbalan Presiden.

Bermula ahli Parlimen biasa Anwar dilantik Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Kabinet di pelbagai kementerian dan kemuncaknya Timbalan Perdana Menteri.

Anwar dipecat daripada UMNO pada 1998. Beliau diangkat oleh Dr. Mahahtir dan dijatuhkan oleh Dr. Mahathir juga.

Kini Anwar merengkok di dalam penjara angkara perbuatannya sendiri walaupun pembangkang mendakwa ia satu konspirasi politik semasa Dr. Mahathir menerajui UMNO dan kerajaan.

Menjelang ketibaan PRU14, Permatang Pauh lagi sekali menjadi tumpuan dan bakal menjadi ‘medan peperangan tiga penjuru’.

PAS yang menjatuhkan ‘talak tiga’ dengan PKR dan DAP, te;lah bangkit mengisytiharkan untuk menawan Permatang Pauh pada pilihan raya ini. Parti itu yakin kerana ia mempunyai ‘saham yang besar’ di kawasan parlimen itu – DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti selain pernah memenangi kerusi Permatang Pauh.

Baru-baru ini PAS melancarkan bilik gerakan jentera pilihan rayanya dan diikuti oleh PKR yang turut melancarkan jentera peringkat negeri, di kawasan yang sama.

UMNO/ BN yang tidak begitu peduli tentang cabar – mencabar antara PKR dan PAS telahmenghantar isyarat awal bahawa kejutan boleh berlaku di Permatang Pauh.

BN mempunyai 67 peratus peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh PRU14.

Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian itu Ahamd lepas, Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim memberitahu keyakian itu berpandukan kepada kajian sikap pengundi yang menunjukkan rakyat di kawasan itu merajuk dan berkecil hati dengan kepimpinan PKR selama 16 tahun.

“Kami boleh menang lebih 5,000 majoriti pada pilihan raya umum akan datang, insya-Allah. Saya nak kita bekerja, sentiasa bersemangat untuk memastikan kemenangan BN di Permatang Pauh,” kata Abdul Azeez yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMN0.

“Kalau nak menang, masih ada ruang untuk daftar pemilih. Saya nak minta Datuk Mohd Zaidi (Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh) untuk fikirkan bagaimana sebelum hujung bulan September ini daftarkan lagi 3,000 pengundi,” katanya.

Sementara Mohd Zaidi menjangka PRU14 akan mengubah kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada ‘kawasan hitam kepada putih’.

“PRU14 adalah masa terbaik untuk merampas kembali kerusi ini. Sebelum ini tiada yang pernah menyatakan kita mampu menawan kembali kerusi ini, tapi kini kita berkemampua ambil balik Permatang Pauh,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri satu program pada 17 Ogos depan bagi meniup semangat ahli dan penyokong UMNO/BN serta rakyat di kawasan Permatang Pauh – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana