Padan Mukanya!!!!! Exco DAP Pulau Pinang,pengarah dan pengurus kilang haram kena reman lima hari

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari parti DAP ,Phee Boon Poh dikenakan tahanan reman lima hari untuk siasatan SPRM kes sebuah kilang di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Turut sama dikenakan reman lima hari ialah lelaki dua beranak, masing-masing berusia 70 dan 37 tahun, yang merupakan pengarah dan pengurus kilang berkenaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan keatas mereka oleh Penolong Pendaftar Ameera Mastura Khamis selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di Georgetown Sabtu.

Phee yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang serta dua beranak yang berbaju lokap SPRM dan bergari, tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki tiga kenderaan sambil diiringi pegawai SPRM pada 10.10 pagi.

Exco yang berusia 66 tahun dan lelaki dua beranak itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Peguam R.S.N Rayer dan Ramkarpal Singh mewakili exco itu manakala dua beranak terbabit diwakili peguam Dev Kumaraendran.

Rayer berkata pihaknya akan cuba untuk memfailkan permohonan untuk mencabar perintah reman lima hari terhadap anggota exco berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, beberapa exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan anggota dewan undangan negeri (ADUN) bersama penyokong exco itu berkumpul di perkarangan mahkamah dengan membawa sepanduk sebagai tanda solidariti kepadanya.

SPRM menahan exco berkenaan pada 3.35 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang bersama Rayer selepas pejabatnya di tingkat 53, bangunan Komtar di sini dikunjungi lima pegawai SPRM pada 11.30 pagi.

Lelaki berusia 70 tahun itu pula ditahan pada pukul 6.05 petang manakala anak lelakinya ditahan pada 6.25 petang semalam, juga di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Khamis lepas, SPRM menjalankan operasi terhadap sebuah kilang haram memproses serbuk kayu yang dipercayai mencemarkan alam sekitar di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sepasukan pegawai SPRM tiba di bangunan MPSP kira-kira 10.30 pagi dan beredar dari pejabat pihak berkuasa tempatan itu bersama beberapa dokumen kira-kira tiga jam kemudian.

Menurut sumber, dokumen itu diambil bagi membantu siasatan kes kilang memproses serbuk kayu yang dikatakan beroperasi sejak 10 tahun lepas tanpa permit di atas tanah berstatus tanah pertanian.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan ADUN Penanti daripada Parti Keadilan Rakyat Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana