NAJIB LASAK REDAH DUGAAN

TIDAK mudah sebenarnya menjadi Perdana Menteri Malaysia di era ini.

Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau membuktikan dirinya pemimpin yang berdaya tahan dan lasak.

Kekuatan Najib adalah kesabaran dan ketabahannya melalui segala liku termasuklah difitnah berulang kali.

Hakikatnya setiap Perdana Menteri mempunyai cara atau gayanya tersendiri dalam melakukan sesuatu.

Tiada dua Perdana Menteri menangani sesuatu isu dengan cara sama. Tiada juga yang serupa dengan jaluran cabaran dan dugaannya.

Ia bukanlah misteri seperti mana pengalaman Malaysia telah membuktikan dalam era enam Perdana Menterinya.

Realitinya bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah parti politik.

UMNO sendiri untuk mencapai usia 71 tahun terpaksa menongkah penuh getir arus persada politik negara.

Ada ketikanya tersadung se­hingga diharamkan pada 1988 tetapi bangkit semula dan 
ber­diri gagah hingga ke hari ini.

Ada parti yang baru ‘setahun jagung’ seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikepalai Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi lagaknya bagai sudah bertahun-tahun dalam arena. Ini sehinggakan ditempelak ahli sendiri dan rakan sekutu.

Sesungguhnya rakyat terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya di satu sudut lagi, jalan bersimpang siur, kelam dan gelita, dibina atas 
fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong.

Jika rakyat terpeda­ya dengan siulan menuju lo­­­rong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

Zulkifli Jalil
Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana