Mufti akan masuk mesyuarat Exco kerajaan negeri....Sokong 100%

Badan pembuat keputusan tertinggi satu-satu negeri, mesyuarat Exco kerajaan negeri, akan melibatkan mufti masing-masing tidak lama lagi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kerajaan bercadang untuk menaikkan taraf mufti di seluruh negara sebagai Exco di negeri masing-masing bagi memberikan pandangan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri kelak.

“Kerajaan mencadangkan supaya mufti-mufti diberikan taraf Exco diperingkat negeri masing-masing kerana menerusi pandangan mereka ini di dalam mesyuarat Exco boleh disalurkan kepada kerajaan.

“Kita ada tujuh kluster dalam memperindahkan kerajaan. Di peringkat (Majis Perundingan Islam – MPI) pelbagai pihak tanpa mengambil kira landasan politik, mereka boleh beri pandangan, kerajaan terima semua pandangan,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman pada Isnin.

Cadangan itu pernah diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 2012 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam cadangan itu, jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri malah akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco.

Proses naik taraf jawatan itu akan diuruskan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana