Menara tertinggi dunia terbakar kali kedua...APa Sudah Jadi Ni

DUBAI: Kebakaran besar melanda salah satu bangunan kediaman tertinggi dunia di Dubai awal hari ini, kata penduduk, tetapi pihak berkuasa menegaskan ia sudah dikosongkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Api menjulang dari sisi menara Torch itu yang terletak di daerah mewah Marina dalam kebakaran kedua dialami bangunan berkenaan sejak 2015, menyebabkan serpihan kebakaran melayang ke bawah.

"Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dalam kejadian kebakaran di Menara Torch.

"Pertahanan Awam Dubai berjaya mengosongkan bangunan itu dan berusaha mengawal api," kata kerajaan dalam akaun Twitter.

Penduduk dan saksi menyiarkan imej dan gambar bangunan setinggi 79 tingkat itu terbakar di media sosial.

Ratusan penduduk dipindahkan pada 2015 apabila kebakaran besar berlaku di bangunan itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana