MAHATHIR SEPATUTNYA MALU...KAYA NAK KAYA LAGI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun M.

Adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Bekas perdana menteri memang terkenal mengamalkan kronisme dan nepotisme semasa 22 tahun berkhidmat.

Sehinggakan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.

Dalam senarai Forbes tahun ini, Mokhzani menduduki tempat ke-34 di antara 50 rakyat Malaysia terkaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bendahari Pemuda Umno.

Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996.

Zahid berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat.

Tun M sepatutnya malu dan bersedia sekiranya banyak lagi pembongkaran yang melibatkan perkara sumbang yang dilakukan oleh dirinya serta ahli keluarganya.

Kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh orang disekelilingnya amat menjadi tumpuan pada masa ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana