MAHATHIR JANGAN BERMAIN WAYANG POLITIK LAGI...TUA TUA MASIH NAK WAYANG POLITIK BERAT NI

Sikap Madey ketika mengalahkan parti DAP dan PKR untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.Umur 92 Tahun dah....bukan kita takut dengan Madey ni...apa tidaknya 22 Tahun menjadi PErdana MEnteri masih nak sibuk dan Kuasa Politik lagi?Agenda kekayaan Madey ini untuk kroni dan anak beranak sanggup lakukan apa saja.

Tun Dr Mahathir disarankan memberhentikan wayang politik dengan meletakkan segala kesilapan di atas bahu Pas Kelantan kerana beliau sendiri yang menyekat pembangunan Kelantan seperti di Terengganu selepas Pas menang, tujuh tahun lalu.

Penganalisis Politik, Suhaimee Sahar berkata, Tun M seharusnya duduk dan merenung kembali apa yang dilakukan beliau terhadap Kelantan suatu ketika dahulu, bukan hanya mengeluarkan ‘kekecewaan’ di atas kesilapan sendiri.

“Kenyataan Tun M cuba untuk menimbulkan kegusaran dan kegelisahan terhadap rakyat Kelantan khususnya. Namun, sejauh mana jaminan yang dapat Tun berikan bahawa pakatan lebih baik dari yang sebelum ini atau ini hanyalah sandiwara politik daripada Tun yang memang menjadi ‘mastermind’ sejak dari dahulu lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Tun yang menyifatkan Pas Kelantan gagal mentadbir dan membangunkan negeri itu sehingga rakyat terpaksa berhijrah untuk mencari pekerjaan di luar.

Malah Pengerusi Bersatu itu juga menyuarakan rasa sedih melihat pembangunan Kelantan yang dilabel sebagai negeri paling miskin, selain mendakwa pemerintah tidak tahu bagaimana mahu membangunkan negeri itu menyebabkan ia berada di takuk lama.

Mengulas mengenai penghijrahan ke luar negeri, Suhaimee berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang pelik, sehingga perlu diletakkan di satu tahap negatif.

Malah, walau parti mana sekalipun yang memerintah, jika penghijrahan itu perlu berlaku, maka ia akan tetap berlaku, dan tidak mustahil akan lebih menguntungkan apabila Kelantan juga akan menerima penghijrahan daripada rakyat negeri lain untuk bangunkan negeri ini.

“Melihat senario politik hari ini, Bersatu bukanlah parti alternatif yang terbaik untuk membawa perubahan di negeri Kelantan. Malah tindakan dan strategi yang disuarakan oleh Tun M mengenai pencapaian dan perkembangan negeri Kelantan umpama menepuk air di dulang terpercik di muka sendiri.

“Peluang 22 tahun dahulu tidak digunakan secara optimum untuk menawan dan menukar tingkah laku pengundi sebelum ini. Malah kehadiran beliau di Kelantan dipandang sepi kerana rakyat Kelantan tidak boleh melupakan apa yang terjadi ke atas mereka semasa pemerintahan beliau dahulu,” katanya.-Sinar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana