MAHATHIR DIKECAM KERANA MAHU MENJATUHKAN NAJIB....PATUT PUN MADEY KENA KECAM

Ramai yang mengecam tindakan Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir oekak, bisu dan buta sehinggakan sekarang ini beliau duduk bersama-sama DAP dan bekerjasama malah sanggup bersama DAP yang dulunya beliau ludah.

Sejak dari lahirnya dulu UMNO tidak pernah pekak, bisu, buta tetapi Mahathir yang mendakwa macam-macam kepada UMNO. Kalau benarlah UMNO seperti yang didakwa oleh Mahathir, sudah pasti Allah akan jatuhkan dan gulingkan UMNO dan digantikan dengan parti yang lain.

UMNO tidak pernah pekak pada zaman Najib kerana UMNO tahu apa yang diperkatakan Mahathir terhadap Presidennya. Parti UMNO juga tidak buta mata dan buta hati kerana mereka melihat apa yang dilakukan Mahathir terhadapnya dan UMNO juga tidak pekak kerana ia tahu Mahathir kini bukan lagi ahlinya.
UMNO cacat pada pandangan Mahathir kerana tidak mengikut kehendak dan perancangannya dari mula Mahathir mengatur Pak Lah menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri tetapi Pak Lah enggan meletakkan jawatan, dan membuatkan Mahathir buat serangan menjatuhkan Pak Lah.

Apabila Najib menjadi Perdana Menteri, anak Mahathir Mukhriz gagal meraih dan mendapat sebarang jawatan utama dalam kepimpinan UMNO. Dan pada masa itulah Mahathir mula risau dengan keadaan sedemikian.

Mahathir jangkakan Mukhriz menjadi Naib Presiden UMNO pada pemilihan agung UMNO di mana Mukhriz akan merebut jawatan Timbalan Presiden di bawah Najib. Tetapi memangdangkan Najib tidak mengikut perancangan dan arahan beliau maka Mahathir terpaksa mengubah strategi dan perancangannya. Mahathir terpaksa mempergunakan Muhyiddin untuk memberi amaran keras kepada Najib kerana derhaka kepada Mahathir.

Sekarang ini Mahathir marah apabila UMNO kecam tindakannya. Mahathir seharusnya sedar diri dan muhasabah diri. Mahathir seharusnya ingat dan tahu Najib bukanlah seorang boneka ataupun puppet dan jika Najib perlu mengikut telunjuk dan arahan Mahathir, Najib boleh dianggap sebagai seorang ketua yang lemah.

Kesimpulannya Mahathir hanya mahu orang mengikut arahan dan telunjuk, kalau sesiapa yang tidak ikut arahan beliau, mulalah beliau akan mengecam pihak berkenaan. Tetapi lihatlah bukan semua orang akan mengikut telunjuk Mahathir dan menjadi boneka serta puppet kepada Mahathir. Najib bukanlah boneka dan puppet Mahathir, Najib adalah pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan berkepimpinan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment