LIM KIT SIANG YANG PANIK, BUKAN NAJIB – SALLEH

Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 30 Julai 2017

Perkara yang paling ditakuti Lim Kit Siang adalah bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuktikan beliau adalah pakar membuat strategi yang jauh lebih baik dan boleh membaca semua tindakan politik Kit Siang. Kit Siang kini sedar bahawa Najib dengan cerdiknya telah menghalang semua langkahnya. Kit Siang secara bersendirian tidak mampu menumbangkan Najib dan itulah sebabnya beliau memerlukan bekas pemimpin Umno untuk mengajar beliau cara untuk menumbangkan Najib.

Kit Siang yang berada dalam keadaan panik, bukan Najib, kerana permainan sebenar beliau telah didedahkan dan semua orang boleh melihatnya. Penipuan Kit Siang kini sangat jelas apabila beliau memberitahu orang ramai bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh DAP sementara beliau memberitahu orang lain bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh PKR dan Pribumi.

Kit Siang ingat bahawa susunan Ali Baba boleh berkesan dalam politik memandangkan ia boleh berkesan dalam perniagaan. Dan di situlah di mana Kit Siang memandang rendah orang Melayu kerana mereka tidak akan menerima Pakatan Ali Baba walaupun beliau meletakkan bekas pemimpin Umno di barisan hadapan sebagai wajah Melayu dalam Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana