KERAJAAN SELANGOR DIGANGGU KERANA DICEMBURUI, KATA MOHAMED AZMIN...CEMBURI APA KEJADAHNYA

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganggap gangguan dan intimidasi terhadap badan dan agensi di bawah kerajaan negeri berlaku disebabkan ada pihak cemburu dengan kejayaan Selangor dan pentadbirannya.

Azmin berkata pihaknya sudah menjangkakan gangguan dan intimidasi berterusan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kata beliau, kejayaan dikecapi kerajaan Selangor dan kesepaduan dalam pentadbiran negeri menimbulkan perasaan kurang senang kepada pihak lawan yang sedang mengintai peluang untuk cuba merampas pentadbirannya.

“Banyak pihak hari ini cemburu dengan kejayaan Selangor. Bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan yang utuh dalam pentadbiran, sekarang ada rakan baru dalam Pakatan Harapan.

“Pada masa yang sama banyak phak cemburu dengan kejayaan Selangor menguruskan ekonomi dan kewangan dengan cara berhemah dan amat telus dan berintegriti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Mengulas lanjut mengenai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI) membabitkan pembayaran lebih RM16 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd, Mohamed Azmin mendakwa semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Tambah Mohamed Azmin, kedua-dua anak syarikat kerajaan negeri itu akan memberi kerjasama dalam siasatan SPRM untuk memastikan tiada perkara disembunyikan.

“Siasat secara terbuka, telus dan profesional. ‘Nothing to hide’ dalam perkara ini,” katanya.

Selasa lalu, SPRM menyerbu premis Unisel, pejabat MBI dan Jana Niaga bagi menyiasat dakwaan berlakunya unsur rasuah dalam pembayaran kontrak antara Unisel-MBI dan Jana Niaga sehingga mewujudkan pertikaian beberapa pihak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana