KENAPA TAKUT? POLIS PERLU SIASATAN KP JPN SEBAB DEDAH MAKLUMAT TUN M, GESA KHAIRUDDIN

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa polis segera manjalakan siasatan terhadap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli kerana mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pihak lain.

Gesaan itu dibuat susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya yang berkongsi maklumat kad pengenalan Dr Mahathir, selain mendakwa bekas Perdana Menteri itu mempunyai asal usul dari India.

“Ketua pengarah JPN beri pada saya maklumat ini. Sebab itu, dia (Mahathir) kata Melayu mudah lupa. Ini yang dikongsi. Ini IC (Kad Pengenalan) biru dia. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. No IC biru dia 2232519. Ini yang dihantar oleh Ketua pengarah JPN kepada saya,” kata Zahid dalam mesyuarat tersebut di Kelana Jaya, semalam.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi pada jam 10.30 malam tadi, Khairuddin menegaskan bahawa perbuatan Zahid dan Ketua Pengarah JPN itu jelas menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi dan tidak menghormati undang-undang negara ini.

Tambah beliau, kenyataan Zahid mendedahkan maklumat Dr Mahathir itu dianggap sengaja mempersendakan asal-usul Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), selain menggambarkan permainan politik kotor dan terdesak Umno.

“Data-data peribadi warganegara malaysia tidak boleh dipersendakan atau dizahirkan kepada umum khususnya di dalam program politik,” kata Khairuddin.

Menurutnya lagi, mana-mana penjawat awam yang berkomplot dengan ahli politik dianggap menyalah gunakan kuasa, selain tidak beretika.

“Ini merupakan perbuatan jenayah yang disengajakan dan tidak harus berulang kembali kerana ianya bakal menghakis keyakinan rakyat pada institusi kerajaan.”

Walau bagaimanapun, Khairuddin tidak menafikan kenyataan dikeluarkan Zahid berkenaan asal-usul Dr Mahathir itu benar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana