Kejutan….kehadiran ahli PAS masa PM rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Lipis

Ini juga satu hal yang pertama kali berlaku.Sebelum ini memang kita tidak pernah dengar langsung mana-mana ahli PAS yang hadir semasa perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian.

Sejarah terlakar Ahad bila Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Lipis,Pahang Mahyudin Ghazali hadir di majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis oleh presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang di maklumkan mengenai kehadiran Mahyuddin terkejut dengan'pertemuan tidak dirancang' itu.

Najib berkata belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat UMNO.

“Jarang dalam persidangan UMNO ada orang PAS. Man … (merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya pada majlis di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah itu.

"Saya terkejut. (Mahyudin) bukan setakat hadir malah selepas itu beliau hendak bergambar dan peluk saya. Biarlah Mahathir (Tun Dr Mahathir) dakap Lim Kit Siang (Penasihat DAP). Saya dakap PAS," katanya.

Najib berkata beliau difahamkan kehadiran Mahyudin ke persidangan itu adalah kerana ahli PAS itu merupakan mudir sekolah tahfiz menyebabkan beliau tertarik dengan dasar tahfiz negara yang diperkenalkan olehnya.

"Saya Perdana Menteri pertama yang buat dan jika kena pada syaratnya, boleh terima dana RM30,000 untuk sekolah tahfiz berkenaan. Ini membuktikan kita bukan hanya jaga ekonomi, malah agama juga kita jaga," kata beliau

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana