Jumpa Hindraf tindakan terdesak Dr. Mahathir....Apa Lah MADEY Ni

 Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) disifatkan sebagai tindakan terdesak sehingga membelakangkan sendiri kepemimpinan pakatan berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, isu lebih besar yang perlu dilihat dalam tindakan berkenaan adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu keputusan sama ada untuk menerima Hindraf menganggotai Pakatan Harapan perlu dibincangkan dalam kerangka gabungan itu dahulu.

“Nampak sangat tiada kesepakatan dan tindakan Dr. Mahathir itu satu tindakan terdesak. Mungkin dibuat kerana pertimbangan peribadi atau emosi.

“Itu satu petanda bahawa semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak keretakan mereka (Pakatan Harapan),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di Kuantan hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy mengesahkan rundingan yang sedang berjalan dengan PH untuk memastikan pakatan itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ujar Waythamoorthy, pertemuan dengan empat pemimpin parti dalam PH sudahpun dibuat dan kini hanya menunggu restu daripada mereka untuk menyertai pakatan itu.

Azmin yang ditanya mengenai perkara itu semalam memberitahu, keputusan sama ada untuk menerima kumpulan pendesak India itu menganggotai PH perlu dibincangkan dalam kerangka gabungan itu dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana