Jangan politikkan premium tanah untuk balai bomba...

Kerajaan Selangor digesa jangan mempolitikkan isu kepentingan rakyat berhubung keperluan kemudahan balai bomba di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota Adzly Ab. Manas berkata, pihaknya kecewa ekoran bencana kebakaran yang berlaku serentak di kawasan itu pada Selasa lalu.

“Kami merasakan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan harga premium tanah terlalu tinggi iaitu mengikut harga pasaran semasa tapak tanah bomba itu yang bayaran premiumnya dituntut mencapai lebih RM1.2 juta adalah tidak adil kepada rakyat.

“Apa yang berlaku ketika kebakaran serentak di dua tempat sama iaitu di kilang NSK kawasan perindustrian Sungai Buloh dan tujuh buah kedai di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dapat dielakkan jika pihak bomba dengan aset jentera yang mencukupi dapat tiba segera di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Adzly, pihaknya mendesak Azmin mengurangkan dan menyelesaikan isu premium tanah bomba di kawasan terbabit dengan segera.

“Isu premium tanah adalah kuasa kerajaan negeri seperti termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan ‘Selangor Land Rules’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana