Indikator apa pembangkang guna, dakwa dapat sokongan warga FELDA?

Sebagai Ahli Parlimen Sekijang yang mewakili beberapa gugusan tanah rancangan FELDA, Anuar Abd Manap mempertikaikan kenyataan pembangkang mencanangkan kepada umum bahawa kononnya mereka mendapat sokongan para peneroka.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kesahihan maklumat yang digunakan pembangkang bagi menyokong dakwaan terbabit.

“Indikator mana mereka gunakan? Takkanlah kerana seorang dua yang marahkan pengerusan FELDA menunjukkan mereka mewakili komuniti dan terus dicap sebagai penyokong pembangkang,” tegas Presiden Majlis Belia FELDA itu.

Bagaimanapun, Anuar tidak menolak terdapat isu dalaman pengurusan FELDA dan berkata ia sedang dalam proses penyelesaian.

“Lainlah kalau mereka menolak pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA dan Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi FGV dan mereka tak mahu terima insentif pemberian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu barulah penolakan. Pelantikan Shahrir sendiri dah meredakan keadaan,” katanya.

Pada bulan lalu, perdana menteri mengumumkan enam insentif untuk peneroka Felda, antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Insentif itu merangkumi pemberian khas kepada peneroka sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada 94,956 keluarga yang layak yang membabitkan peruntukan sebanyak RM474.78 juta pada hujung Ogos ini.

Tambah Anuar, setiap insentif yang diumumkan tersebut diilhamkan melalui Makmal Transformasi Felda yang ditubuhkan kerajaan bagi menangani isu FELDA dan cabaran yang didepani peneroka dan juga generasi kedua peneroka.

“Sebab itulah saya bertanya dari mana pembangkang dapat data untuk dakwa warga FELDA bersama mereka,’ kata EXCO Pemuda UMNO itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana