Ianya Mokhzani Dan Daim, Bukannya Najib, Yang Tertera Dalam Perjanjian Kapal Selam

Jadi, ianya adalah Mokhzani Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang pada tahun 1995 berada di belakang kontrak kapal selam dan keputusan muktamad dibuat pada tahun 2001 dan kontrak ditandatangani pada tahun 2002. Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 setelah semuanya selesai. Tetapi kemudian mereka menuding jari mereka kepada Najib yang bukannya bertanggungjawab sehinggalah tujuh tahun kemudian. Dan inilah hasil siasatan yang didedahkan oleh polis Perancis.

Menukar kuda di pertengahan jalan secara jelasnya bermaksud seseorang yang cuba bergerak dari satu kuda kepada yang lain ketika menyeberang dan merujuk kepada seseorang yang membuat perubahan besar selepas sesuatu telah dimulakan. Dan itulah yang sedang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, Mahathir telah menukarkan kudanya di pertengahan jalan berkali-kali sejak empat tahun lepas sejak 2013 apabila akhirnya dia mendapati bahawa kesemua kudanya rupanya telah bertukar menjadi keldai.

Dan Mahathir, sekali lagi, menukar kuda di pertengahan jalan apabila dia tiba-tiba terjaga dan sedar bahawa strateginya menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak berjaya. Ianya kini telah 33 bulan sejak dia membuat serangan pertama terhadap 1MDB dengan meminta Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis pada bulan Disember 2014, yang sepatutnya menjadi permulaan akhir bagi Najib. Dan akhirnya sepatutnya kira-kira tujuh bulan kemudian pada bulan Julai 2015.
Ya, 33 bulan yang lalu ‘program tujuh bulan’ dilancarkan. Dan pada Julai 2015 Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh manakala Mukhriz Mahathir akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru. Kemudian pilihan raya kecil akan diadakan agar Mukhriz menjadi Ahli Parlimen, prasyarat baginya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Sumber Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL