HASRAT PAKATAN HARAPAN BERTEMU PENGURUSAN 1MDB TIMBUL TANDA TANYA

Hasrat Pakatan Harapan untuk mengadakan sesi perbincangan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sepertimana yang dilakukan oleh Pas beberapa hari lalu menimbulkan pelbagai persoalan.

Pertamanya apakah mereka benar-benar ingin mendapatkan penjelasan yang sewajarnya hasil daripada pertemuan itu dan keduanya apakah mereka sekadar ingin mencari publisiti dengan meraih keuntungan politik menerusi polemik baru yang akan dicetuskan nanti.

Mengulas mengenainya Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin berpandangan berdasarkan senario hari ini, maka tidak mustahil pertemuan berkenaan akan menjadi ‘bahan’ kepada mereka dalam usaha mengelirukan rakyat.

“Malah mungkin dengan hasil positif pertemuan Pas sebelum ini dengan pengurusan 1MDB menyebabkan mereka ‘panas punggung’ dan tidak boleh duduk diam gara-gara kenyataan pimpinan Pas mengenai usaha 1MDB dan sebagainya lagi.

“Sebab itu pada saya tidak pelik pakatan harapan pun ingin tumpang sekaki untuk mengadakan pertemuan sepertimana yang dilakukan oleh Pas, namun hasil pertemuan kelak yang menimbulkan pelbagai keraguan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB. Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk Parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Hari ini, Pakatan Harapan berharap wakil mereka dapat mengadakan sesi perbincangan bersama Arul Kanda dengan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, pertemuan itu diharap dapat menjawab semua soalan berbangkit berhubung isu 1MDB.

“Saya bagi pihak Pakatan Harapan minta sekali lagi, satu sesi di mana Arul, beri taklimat dan jawab semua persoalan pemimpin kami. Kita harap kita dapat jawapan daripada beliau,” katanya dalam sidang medianya di Parlimen baru-baru ini.

Nazri seterusnya berharap pertemuan tersebut jika benar-benar menjadi realiti kelak akan dapat memuaskan hati pakatan pembangkang yang selama ini terus menerus menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap 1MDB.

“Kalau betul dan kalau benarlah pertemuan itu berjalan, itulah cara sebaiknya sepertimana langkah yang diambil oleh pimpinan Pas. Apa pun paling penting sepertimana yang ditegaskan tadi ketepikan segala kepentingan politik dan melihat serta menilainya secara menyeluruh,” katanya lagi. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana