Harapan Palsu Pakatan 100 Hari Berkuasa

DULU manifesto bukan janji. Kini tawaran harapan palsu dihidangkan oleh pembangkang yang diketuai DAP. Kesemua tawaran mereka dilihat retorik semata-mata memandangkan ianya tidak masuk akal serta bersifat memusnahkan ekonomi negara. Apabila ekonomi negara musnah maka ianya bakal memberi kesan buruk kepada negara.
1. Hapuskan GST
Perlaksanaan sistem cukai yang baharu, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang lama Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang tidak telus dan senang dimanipulasi. Malah GST bukan hanya dilaksanakan di negara kita sahaja tetapi ianya telah dilaksanakan dilebih 160 buah negara.

Tawaran untuk hapuskan cukai GST perlu ada penggantinya, bukan sekadar laungan di pentas ceramah politik. Pendapatan negara hasil daripada cukai GST adalah lebih daripada RM30 bilion, dari sistem apa pula yang pakatan pembangkang ingin gantikannya?

Apakah pakatan pembangkang ini ingin kembali kepada sistem cukai yang asal iaitu SST bagi ‘membantu’ peniaga menyembunyikan angka cukai yang sebenar mereka patut bayarkan kepada kerajaan?

2. Menstabilkan harga petrol

Cubaan ingin mengelirukan rakyat tanpa fakta yang munasabah. Pakar serba boleh dari pakatan haram ini, Rafizi juga bersetuju dengan formula yang kerajaan Malaysia gunakan sekarang untuk menetapkan harga minyak agar meringankan rakyat dan di waktu yang sama tidak membebankan pengusaha.

Bukti kejayaan formula yang Malaysia gunakan ini samada ianya bersifat sementara atau jangka panjang – harga bahanapi di Malaysia kekal lebih rendah berbanding dengan negara yang seumpamanya di dunia ini.

3. Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat

Dua negeri yang berada di dalam kekuasaan pemerintahan pakatan harapan, Selangor dan Pulau Pinang selama 2 penggal. Apa yang mereka fokuskan untuk ringankan rakyat di negeri masing-masing.

Rakyat susah tiada tanah – bukan mengusir mereka tanpa dibantu.
Rakyat susah gaji tidak tinggi di kedua negeri tersebut – kenapa biarkan dan wujudkan skim gaji minima yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan?

‘Manifesto bukan janji’ pada PRU ke 13 yang lepas masih gagal disempurnakan. Adakah cukup membantu rakyat dengan jumlah RM100 sebulan, itu pun hanya kepada warga emas dan jumlah yang menerimanya pula bukannya 100% warga emas Selangor, rakyat bukan warga emas yang lain bagaimana?

Kalau peluang diberi selama lebih 8 tahun untuk berbakti kepada skala jumlah penduduk yang bersaiz kecil, bagaimana pakatan pembangkang ingin berhadapan dengan 30 juta penduduk Malaysia.

BR1M pun mereka ingin hapuskan, apa yang bakal menggantikan BR1M? Atau sekadar menukar nama bantuan tersebut kerana itu adalah idea Kerajaan BN?

Untuk rekod, Kerajaan BN masih belum gagal memberikan bantuan BR1M kepada rakyat yang layak mahal menaikkan kadar bantuan lagi.

4. Memulakan reformasi institusi secara menyeluruh

Apa sahaja institusi kerajaan samada pusat atau negeri sentiasa melakukan transformasi demi kebaikan bersama – pemerintah dan rakyat. Dua buah negeri yang berada di dalam pemerintahan pakatan harapan, sejauh mana Azmin Ali (dahulunya Khalid Ibrahim) dan Lim Guan Eng buktikan negeri mereka di landasan yang terbaik secara menyeluruh?

Usaha transformasi seiring dengan cabaran tahun-tahun mendatang dan bukannya menjadi modal politik murahan.

Mulakanlah dahulu transformasi kerana ianya adalah usaha menyeluruh sepertimana yang dibuat oleh PM Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri – NBOS, strategi lautan biru – ada ‘blue print’ dan bukan sahaja cakap-cakap kosong. Ada KPI yang dicapai dan dibentangkan secara rasmi kejayaan transformasi menyeluruh ini.

Reformasi? hanya ungkapan politik yang tidak mengubah apa-apa di Pulau Pinang dan Selangor sejak awal pakatan pembangkang memerintah.

5. Memerangi rasuah hingga ke akar umbi

Kes yang sedang berjalan adalah terhadap Lim Guan Eng, adakah dengan menggunakan alasan ‘tangkapan politik’ maka akan nampak bersih dari jenayah rasuah sedangkan proses perundangan di mahkamah belum mencapai tahap keputusannya lagi.

Baca Lagi Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana