GLC Selangor 'lubuk jawatan' pemimpin Pakatan ?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka menegah serta tidak berkenan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilantik dengan ahli-ahli politik sahaja.

Baginda mahu pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKNS dibuat secara seimbang dengan melantik dalam kalangan profesional agar mampu memberikan pandangan dalam membangunkan rakyat dan negeri ini selari dengan matlamat penubuhannya.

Malah, baginda juga tidak berkenan sekiranya PKNS beroperasi di luar bidang kuasa serta menyimpang daripada objektif asalnya iaitu menyediakan perumahan mampu milik bagi me­ngurangkan bebanan rakyat untuk memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan.

Titah baginda itu kalau difahami secara teliti, bukanlah sekadar titah untuk memenuhi atur cara majlis perasmian berkenaan, sebaliknya apa yang ditegaskan itu adalah berdasarkan pengamatan serta penelitian baginda sendiri terhadap perkembangan semasa pentadbiran Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dengan kata lain, baginda tidak mahu sebarang keputusan PKNS dipengaruhi unsur politik sehingga melenyapkan peranannya dalam membina sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat Se­langor, bukannya menjadi sebuah syarikat kapitalis yang bermotifkan keuntungan maksimum.

Paling mencuri tumpuan ialah bagaimana dan apa rasionalnya pemimpin PKR yang tiada kena mengena dengan Selangor iaitu Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah?

Apakah tidak cukup kepemimpinan negeri dalam PKNS sedangkan selain Mohamed Azmin selaku Pengerusi; Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim juga masing-masing diangkat sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana