Dr Mahathir tidak boleh ditegur…Tua Tua Masih tidak boleh Dinasihati dan Ditegur

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamed gagal menolong dan membangunkan orang Melayu sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Lebih teruk lagi, kata Tajuddin, Mahathir juga tidak mahu mendengar nasihat agar berusaha membantu orang-orang Melayu terutama usahawan Melayu.

“Mahathir tidak berjaya memajukan orang Melayu, dia tinggalkan orang Melayu,” kata Tajuddin ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Pasir Salak di Dewan Pekan Rabu, Pasir Salak, Teluk Intan, pagi Sabtu.

Dalam ucapan itu juga Tajuddin memberitahu -pada suatu dailog Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) di Port Dickson beliau pernah meminta Mahathir jangan meninggalkan orang Melayu.

“Saya minta Mahathir memajukan orang Melayu agar tidak ketinggalan apabila negara mencapai kemajuan sebagaimana berlakunya pada orang Melayu di Singapura,” kata Tajuddin.

“Sudah terlambat,” kata Tajuddin mengulas hasrat Mahathir untuk kembali membela dan menyelamatkan orang Melayu serta negara.

“Mahathir tidak boleh ditegur, jika ditegur kena tangkap masuk ISA, saya kena dan Datuk Zahid (Datuk Seri),” tambah Tajuddin.

Menurut beliau, orang Melayu telah lalui 22 tahun era Mahathir, kini era Datuk Seri Najib tidak seharusnya orang Melayu terus ketinggalan.

“Orang Melayu mesti berubah dan tidak mengharapkan subsidi, orang Melayu mesti bekerja keras untuk terus berjaya,” katanya.

Tajuddin berkata, sekiranya masyarakat Cina boleh membangun berjaya dalam perniagaan, apakah orang Melayu tidak boleh berjaya tanpa subsidi.

Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Pasir Salak dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan agar kerajaan mengubal dasar baharu untuk membantu orang-orang Melayu mencapai pegangan ekonomi lebih 30 peratus.

Menurut beliau pada masa ini sepatutnya orang-orang Melayu sudah mencapai sasaran ekonomi lebih 40 peratus.

“Ini bermakna cara serta dasar dan pelaksanaan untuk menyasarkan kedudukan ekonomi orang Melayu lebih 30 peratus telah gagal dan memerlukan dasar baharu,” tambah beliau.

Tajuddin menyeru kepada ahli-ahli UMNO agar kembali pada perjaungan parti keramat itu dan memilih pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL