Cerita Dr Mahathir Macam Tin Kosong, Tak Ada Faedah Dilayan

Bukan sahaja orang ramai tak perlu melayan cakap-cakap Tun Mahathir Mohamad, tapi pakar ilmuwan juga setuju bahawa kata-kata Pengerusi PPBM tidak perlu dilayan kerana ia kosong dan tidak ada faedah.

Felo Penyelidik,Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri melihat Mahathir menggunakan segala taktik kotor untuk menjatuhkan individu yang tidak tunduk atau mengikut arahannya.

“Perkara ini banyak kali terjadi dan boleh kita lihat, Dr Mahathir sering kali akan mengecam kepada siapa yang tidak sebulu dengannya. Pendek kata siapa tak sependapat atau ingkar denganny akan menjadi musuh.

“Beliau akan menggunakan kedudukannya, pengaruhnya untuk menewaskan musuh politiknya jika sesuatu kepentingan politiknya tidak tercapai atau terganggu,” jelas Achmad menurut portal BNBBC.my.

Menurut beliau, masyarakat jangan terlalu cepat mempercayai atau menghakimi sesuatu berita yang dikeluarkan melalui bekas Presiden UMNO itu kerana sejarah telah membuktikan Dr. Mahathir telah terbabit persengketaan dengan ramai tokoh politik.

“Siapa yang tak kenal Dr Mahathir, beliau secara terbuka menghantar surat mengkritik kredibiti Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu.

“Cerita pergaduhan beliau dengan timbalan-timbalannya seperti Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menjadi mangsa akibat tidak sependapat dengan beliau.

“Malah beliau pernah mengecam Tengku Razaleigh Hamzah serta menyerang kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kini beliau berusaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata beliau.

Kata Achmad lagi, Dr Mahathir akan menggunakan segala pengalaman politik yang beliau miliki untuk terus menjatuhkan musuhnya jika agenda dan kepentingan politik peribadinya tidak tercapai.

“Jadi tidak hairanlah, beliau mengeluarkan cerita kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada berjumpa dengannya untuk merampas jawatan ketua negara daripada tangan Najib.

“Ini adalah strategi Dr Mahathir untuk mewujudkan perasaan curiga antara kedua-dua pemimpin itu, sekaligus mencetuskan suasana berpuak-puak yang akhirnya akan memecah belahkan perpaduan UMNO,” jelasnya.

Lantaran itu, Achmad menasihati masyarakat tidak cepat melatah dengan serangan terbaru Dr Mahathir yang disifatkan sebagai terdesak untuk memulihkan momentum politik partinya dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita telah lihat sejak akhir-akhir ini kedudukan populariti Najib melonjak berikutan beberapa kejayaan telah dilakar oleh Perdana Menteri itu.

“Dr Mahathir tahu sokongan rakyat dan BN kembali meningkat, dan ini membuatkan beliau semakin tertekan untuk meningkatkan momentum politik pembangkang yang kian merudum dan cacamarba,” jelasnya.

Tambah Achmad, rakyat masih tertanya dengan hala tuju PH berikutan masih gagal menamakan calon Perdana Menteri dari pembangkang jika berjaya menang pada PRU ke-14 nanti.

“Kita kalau nak beli barang pun mesti nak tengok keadaan barang tu, walaupun secara online pasti ada menunjukkan gambar barang tersebut.

“Sebenarnya rakyat juga takut untuk memperjudikan nasib negara jika memilih PH tetapi calon Perdana Menteri masih tidak dapat dilantik, kena tunggu pengampunan Di Raja barulah dapat lantik Anwar sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.

Justeru itu, Achmad berpendapat segala tindak tanduk dan strategi Dr Mahathir kali ini tidak tepat dan bakal memakan dirinya bersama dengan pembangkang. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment