Buru Dua Suspek Bunuh Inspektor Abu Hashim

PETALING JAYA: Polis mula melancarkan operasi memburu dua lelaki yang disyaki suspek kes tembak yang mengakibatkan kematian seorang sub inspektor di sebuah rumah di Changlun, Kedah.
Suspek dipercayai melarikan diri selepas Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, ditembak mati di Taman Sri Hosba pada kira-kira pukul 10.25 malam pada Jumaat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, dua lelaki itu dikenal pasti sebagai Mohd Hatta Johari, 30 dan Mohd Najib Budin, 36.

"Kami percaya mangsa yang juga penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ke kediaman itu untuk mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludukan di sekitar Bukit Kayu Hitam.

"Kediaman kedua-dua suspek telah digeledah, bagaimanapun mereka telah melarikan diri," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Susulan itu, katanya, pihaknya telah melancarkan Op Tutup bagi mengelak kedua-dua suspek meninggalkan negara ini.

Asri berkata, ketika kejadian, Abu Hashim sedang bercakap dengan suspek di depan rumah lot tepi apabila seorang lelaki telah melepaskan tembakan ke arah mereka.
Beliau berkata, pemeriksaan mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian menemui empat peluru pada pada belakang badannya.
Bagaimanapun kenalan mangsa yang terselamat apabila bersembunyi di bawah meja telah ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana