Bekas pemimpin ditemplak langgar nasihat sendiri....Jenis Tak Sedar Diri dan Giler Kuasa

Datuk Seri Najib Razak menempelak bekas pemimpin negara selama 22 tahun kerana mengingkari saranan sendiri supaya ahli menyokong penggantinya bagi memastikan kelangsungan pembangunan negara.

Tanpa menyebut namanya, Presiden UMNO itu jelas mengingati ucapan pemimpin berkenaan ketika masih berkuasa yang menggesa ahli supaya menyokong pemimpin menggantikannya apabila sudah bersara.

Perdana Menteri berkata, bekas pemimpin negara itu kini berubah pendirian dan mengingkari kata-kata sendiri dengan menyertai pembangkang serta menentang UMNO.

“Saya masih ingat pesanan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri kelima) apabila mengambil alih jawatan yang mahu saya melakukan lebih baik daripada apa dilakukannya dan membawa negara ke peringkat seterusnya.

“Hatinya ikhlas, saya menghormatinya sebagai negarawan kerana tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan negara.

“Saya sendiri akan memberi pesanan kepada pengganti supaya melakukan lebih baik daripada saya kerana untuk membina negara bangsa memerlukan masa yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang hari ini.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, turut memberi jaminan UMNO akan terus menjadi senjata utama bagi memperkasakan Melayu.

“Ada wakil Pulau Manis meminta kaum Melayu tidak dibiarkan merempat di bumi sendiri. Saya bagi jaminan orang Melayu tidak akan merempat selagi UMNO terus berkuasa.

“Kita kena ada senjata ampuh (untuk memperkasakan Melayu) dan senjata berkenaan adalah UMNO,” katanya.

Najib turut mengumumkan UMNO Bahagian Pekan melancarkan Jihad 191 bagi menambah keahlian dan pengundi untuk mencapai sasaran menang majoriti 40,000 undi di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ini adalah tolakan terakhir kita untuk menambah ahli dan pengundi, setiap cawangan perlu tambah 30 pengundi bermula 1 hingga 30 September ini. Kita ada 149 cawangan dan Pekan sekarang ada 85,565 pengundi.

“Walaupun Parlimen Pekan mencatat jumlah penambahan tertinggi pengundi baharu, kita kena lakukan usaha tambahan bagi memastikan kita menang besar dengan majoriti lebih 40,000 undi pada pilihan raya umum kelak,” katanya.

Usul UMNO bahagian Pekan

#Sokong ahli UMNO sentiasa memegang prinsip dan nilai yang perlu dijadikan pegangan yang kukuh dan sentiasa tersemat pada sanubari setiap ahli UMNO dan tidak sama sekali berselindung di sebalik kepura-puraan.

# Sokong saranan Presiden bahawa kesinambungan perjuangan parti hendaklah berpaksikan kepada semangat berpersatuan, kesetiaan dan kesepaduan kukuh ahli parti.

# Gesa setiap ahli UMNO di semua peringkat menumpukan kesetiaan yang utuh ke atas kepemimpinan Presiden parti dan jangan sekali mudah dipengaruhi dengan provokasi politik murahan pembangkang.

# Beri tumpuan terhadap gerak kerja parti dan mendampingi pengundi akar umbi untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam PRU14 dengan majoriti lebih besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana