Bahaya jika ada mufti ultra kiasu

SAYA ketawa beruk apabila ahli parti ultra kiasu dan juga pensyarah di salah sebuah universiti swasta, mengeluarkan kenyatan bahawa Mufti tidak semesti datang daripada pengajian Islam, tetapi boleh juga dalam bidang seni bina atau sains sosial. Saya tidak menolak, tetapi ragu.

Saya sebagai pensyarah Sains Sosial (Sains Politik) jika ditawarkan jawatan mufti misalnya, pasti saya menolak, kerana jawatan mufti itu membawa makna yang besar. Memerlukan kepakaran mendalam bidang pengajian Islam.

Dalam Islam itu sendiri begitu banyak lagi cabang ilmu, seperti syariah, usuludin, akidah, tauhid, al-Quran dan hadis dan sebagainya. Ini tidak termasuk ilmu Islam lain seperti ilmu sains dan ilmu semasa. Semua ilmu itu adalah Islam, kecuali ilmu hitam atau ilmu sihir, walaupun dipangkal juga disebut ilmu.

Saya tidak boleh bayangkan jika ada mufti dilantik dalam kalangan bukan bidang pengajian Islam dengan bacaan al-Qurannya pun gagap. Bahasa Arab tunggang-langgang dan sebagainya. Sama juga keadaannya jika profesor seni bina dilantik sebagai mufti. Setara mana ilmu Islam yang beliau ada? Bagaimana pula dengan ahli keluarganya?

Sebab itu, sebelum mengeluarkan kenyataan cermin diri dahulu. Tetapi saya tidak hairan, apabila diberitahu, beliau adalah ahli parti ultra kiasu. Sewajarnya kenyataan sedemikian dikeluarkan. Saya bimbang, jika ditakdirkan ultra kiasu memerintah, beliau menjadi mufti, haru biru negara Islam tercinta ini. Yang haram jadi halal, yang halal jadi haram.

Sebelum ia menjadi kenyataan, wajib bagi umat Islam menolak parti ultra kiasu ini, meskipun ada seorang dua Melayu celup bersama mereka.

Saya amat yakin, Melayu celup ini mahu bertanding menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sebab itu, mereka bersungguh-sungguh mencari publisiti murahan bagi menarik perhatian pimpinan ultra kiasu untuk memilih mereka menjadi calon.

Saya menghormati beliau sebagai seorang pakar dalam bidang. Begitu juga saya amat mengharapkan beliau turut menghormati mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, termasuk kepakaran jawatan mufti.

Lebih baik, yang pakar, bercakap dalam bidangnya. Jangan semua nak bercakap, termasuk yang bukan bidang. Bukan tidak boleh, tetapi perlu berpada-pada. Jika tidak, tidak ada guna kita mengaji tinggi-tinggi sehingga menjadi pakar.

Apa maksud mufti? Mufti itu sendiri membawa maksud mereka pakar dalam pengajian dan undang-undang Islam. Dalam kamus bahasa Inggeris disebut ‘a Muslim legal expert who is empowered to give rulings on religious matters…is an Islamic scholar who interprets and expounds Islamic law (Sharia and fiqh). Muftis are jurists qualified to give authoritative legal opinions known as fatwas’.

Dalam maksud, mufti memerlukan kepakaran. Tidak semua orang boleh menjadi mufti, jika tidak mempunyai latar belakang Islam yang kukuh.

Apakah seorang yang pakar dalam seni bina dan sains sosial boleh menjadi mufti? Saya tidak menolak jika mufti dilantik dalam kalangan profesional, bukan bidang pengajian Islam, jika mufti tersebut mempunyai asas Islam yang kukuh.

Misalnya, Dr Zakir Naik (India) dan Dr Danial Zainal Abidin. Kedua-duanya doktor perubatan. Namun, ilmu Islam mereka hebat. Tetapi saya bimbang dengan orang Melayu celup parti ultra kiasu.

Saya yakin, ramai dalam kalangan mereka yang bacaan al-Qurannya gagap. Janganlah ditanya kebolehan atau kefahaman dalam bahasa Arab dalam usaha memahami al-Quran dan Hadis dengan lebih mantap.

Saya berharap suatu hari nanti ada mufti dalam kalangan profesional yang mantap ilmu Islamnya dilantik menjadi mufti, seperti Mufti Ismail Menk, Mufti Besar Zimbabwe. Latar belakang pengajian Islam, bahasa Arab dan bahasa Inggerisnya hebat. Begitu juga bahasa-bahasa lain.

Menk mempunyai blog, facebook dan mahir dengan media sosial. Kita tidak mahu mufti tradisi. Berasa dirinya terlalu eksklusif, berasakan diri tinggi sebab selalu berdamping dengan Sultan, pemegang mandat, pemegang fatwa, pembatal fatwa, dan sebagainya.

Alangkah indah jika mufti aktif dalam media sosial memberi nasihat, sekali sekala mufti boleh bersajak dan berpuisi. Janganlah hendaknya ada mufti yang berasakan diri seperti hakim, tidak keluar minum sembarangan, tidak ke pasar, dan tidak merakyat berjumpa orang ramai.

Janganlah ada kata-kata mufti bukan pendakwah, tetapi pendukung. Tugas mufti bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama.Mufti tidak boleh ke pasar atau menerbitkan album, aktif dalam media sosial dan sebagainya. Kerana semua itu akan mencemarkan kredibilitinya sebagai seorang mufti.

Saya juga berharap suatu hari nanti ada mufti yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik, selain mantap bahasa Arab. Juga dapat dilantik dalam kalangan Cina Islam atau India Muslim atau orang putih Muslim.

Bukan apa, kadang kala perlu ada mufti sedemikian, untuk membuka mata dan minda puak-puak sekularis, pluralis, liberalis dan sebagainya, yang terlalu memandang ke Barat dan memandang rendah mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Tonjolkan keuniversalan agama Islam. Mufti Menk adalah contoh terbaik setakat ini.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana