Bagaimana Harapan bina rumah dengan arkitek lama? – MB Johor

 Gelagat Pakatan Harapan (PH) mencuti hati Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin susulan menggunakan bekas arkitek lama Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kempen mereka untuk membina semula negara ini.

“Bukannya robohkan rumah, dan bina semula. Bina semula perlu menggunakan tukang yang baru, yang lebih baik, yang lebih pandai.

“Bukankah rumah tadi dibina oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dibina oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibina juga dengan kerjasama Tan Sri Mahyuddin Yassin dan rakan-rakannya.

“Jadi, apa bezanya?” kata beliau yang juga ADUN Permas.

Khaled berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Konvensyen Barisan Nasional Johor di Johor Bahru hari ini.

Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun, manakala Anwar dan Muhyiddin pernah menjadi timbalan perdana menteri sebelum kedua-duanya dipecat dari parti.

Pada ketika ini, ketiga-tiga tokoh itu menjadi antara tonggak utama pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir kini dilantik sebagai pengerusi, manakala Anwar menjadi penasihat umum dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Pada masa yang sama, Khaled menyifatkan pembangkang ketandusan idea untuk ditawarkan kepada rakyat terutama di Johor.

“Pembangkang tidak mampu menawarkan pelan pembangunan ekonomi untuk Johor, termasuk kepada masyarakat Melayu dan Islam di Johor, Malah tiada pelan untuk sekolah Cina dan Tamil.

“Yang ada hanyalah ‘trak’ Bina Semula Negara oleh Rafizi Ramli. Itu pun kita dapat lihat yang beliau semakin dipinggirkan oleh rakan-rakan dalam PKR sendiri, sehingga terpaksa bergerak secara solo dan menumpang populariti parti-parti lain,” kata bekas Menteri Pengajian Tinggi itu.

Pada 10 Julai lalu Rafizi mendakwa PH mampu memenangi 50 kerusi parlimen, termasuk 15 di Johor dalam PRU-14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana