Apa Motif Sebenar MEreka Ini....Semuanya Wayang Belaka Ni...Madey Sudah Jadi BALACI Plak

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa campur tangan Yang DiPertuan Agong (YDPA) untuk merujuk isu pelantikan semula ketua hakim negara dan hakim Mahkamah Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cuma Agong boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan, berlandaskan Perkara 130 dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budi bicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan sama pelantikan semula itu sah atau tidak.

"Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran Perlembagaan Malaysia daripada dicemari demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan warkah berkenaan kepada pihak istana hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut mengiringi Dr Mahathir menyerahkan warkah berkenaan.

Kesemua pimpinan pakatan pembangkang itu tiba di perkarangan Istana Negara pada kira-kira jam 3.00 petang sebelum keluar semula setengah jam kemudian.

Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai lalu mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan dengan mengekalkan jawatan masing-masing, iaitu Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Md Raus disambung perkhidmatannya selama tiga tahun, manakala Zulkefli untuk dua tahun.

Pelantikan Md Raus bermula 4 Ogos, manakala Zulkefli pula akan berkuatkuasa mulai 28 September ini.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, telah memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.

Dalam pada itu kata Dr Mahathir, warkah yang dihantar kepada Agong itu turut menegaskan bahawa pelantikan kedua-dua tokoh berkenaan tidak menepati perlembagaan.

"Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan enam bulan," ujarnya.

Dakwa mantan perdana menteri itu juga, jika tidak ditangani, dikhuatiri akan memberi kesan terhadap penghakiman selepas ini.

"Sekiranya perkara ini tak ditangani segera, ia akan mewujudkan krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan atau keputusan selepas 4 Ogos 2017 akan menjadi tak sah.

"Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendali oleh ketua hakim negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi perlembagaan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana