Akaun bank Boon Poh dibeku

GEORGE TOWN: Empat akaun bank milik exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibekukan berhubung siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akaun peribadi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri ini berjumlah kira-kira RM2 juta dibekukan.

"Kita masih siasat," katanya pada Ahad, sambil menambah bahawa pegawai SPRM masih merekodkan keterangan dari[ada pihak berkaitan.

Dilaporkan SPRM menjalankan beberapa serbuan di dua kediaman Boon Poh di Butterworth, pejabatnya di Komtar dan pusat khidmat beliau di Sungai Puyu.

Boon Poh, pemilik kilang, Edmond Gan Eu Lee dan bapanya, Gan Buck Hee ditahan SPRM pada 11 Ogos lalu.

Kesemua mereka dibebaskan pada 14 Ogos lepas selepas perintah reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi.

SPRM akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana