ADA AHLI PAS UNDI PARTI PEMBANGKANG LAIN DALAM PRU14 – MAT SABU

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa ada ahli-ahli PAS yang tidak mahu menyokong parti itu, sebaliknya memilih memberi sokongan kepada ‘pihak yang tidak menyokong BN’ pada pilihan raya akan datang.

“Ya (begitulah), saya berkeyakinan begitu.

“Kita ada menemui semua ahli-ahli PAS, semua kawan-kawan kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita banyaknya memberi komitmen akan mengundi parti yang mencabar BN.

“Terutama dari segi boleh mengambil alih kuasa negeri dan parlimen,” katanya memetik wawancaranya bersama Sinar Harian, hari ini.

Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu mendakwa peratusan dalam perkara itu ‘amat tinggi’.

Mat Sabu berkata demikian terhadap spekulasi PAS hanya mendapat undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi pemimpinnya sahaja, manakala ahli-ahli PAS dikatakan beralih sokongan kepada parti pembangkang yang lain.

Beliau mendakwa ketidaktentuan di dalam PAS juga berlaku kerana parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyatakan untuk berkawan dengan BN.

“Pada masa yang sama juga, sasaran serangan mereka ialah kepada pembangkang, terutamanya Amanah dan DAP. Jadi posisi mereka yang sebenar, mereka lebih mengetahui.

“Bagi kami (dalam Pakatan Harapan), empat parti ini akan terus membina kekuatan menjelang PRU14,” katanya.

Malah hal itu juga dilihat dalam sikap lunak dan rasa puas hati PAS terhadap penjelasan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Itu terserah kepada rakyat kepada rakyat kita, misalnya isu 1MDB, dunia tahu penyelewengan bahkan dibicarakan di Singapura, bahkan orang orang yang mendapatkan duit daripada (ahli perniagaan) Jho Low itu sendiri menyerahkan kembali barang-barang kemas yang dibeli kerana duit itu wang rakyat yang dicuri…

“Kalau begitu terdedah di peringkat dunia, ada parti di Malaysia masih berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh (Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB) Arul Kanda itu saya rasa pelik, biarlah rakyat menilai mereka ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana