Zainuddin yang pro Mahathir janganlah jadi jahil, sebat wujud dalam Al-Quran

PAS hari ini mempertahankan langkah kerajaan Kelantan pimpinan parti Islam itu meluluskan enakmen untuk pesalah syariah disebat di khalayak ramai, meskipun dibantah pelbagai pihak termasuk bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali menepis sindiran Zainuddin yang menyifatkan parti itu menggunakan cara kuno seperti dilaksanakan di Arab Saudi.

“Sebat di khalayak awam sebahagian bentuk hukuman yang wujud dalam Al-Quran, ia bukan hukuman kuno sepertimana kata Zainuddin, cuma otak Zainuddin yang masih kuno,” katanya kepada FMT.

Zainuddin hari ini memuat naik sindiran tajam itu di blognya dengan berkata, tindakan PAS itu sudah pasti menggembirakan kerajaan Arab Saudi yang masih menggunakan kaedah berkenaan.

Katanya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz kini menerima satu lagi “produk baru pelancongan” di mana pelancong asing dan negara maju boleh “menyaksikan hukuman ikut cara kuno dan barbarik di Malaysia, sebuah negara demokrasi dan moden”.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman itu di Arab Saudi dan Brunei tidak menimbulkan tanda tanya disebabkan kedua-dua negara itu diperintah raja mutlak.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan kerajaan Kelantan meningkatkan hukuman syariah bukan disebabkan pengaruh Arab Saudi, sebaliknya ia bertujuan mendapat keredhaan Allah.

“Respons sedemikian sudah dijangka daripada orang seumpama Zainuddin yang sentiasa negatif terhadap sebarang usaha memperkasakan undang-undang Islam dalam ruang lingkup yang dibenarkan Perlembagaan.

“Sepatutnya Zainuddin mengkritik undang-undang kuno hukuman sebat Mahkamah Sivil yang menyakitkan jasad berbanding hukuman sebat Mahkamah Syariah yang bertujuan menimbulkan keinsafan kepada pelaku dan masyarakat awam,” katanya.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dilakukan di khalayak ramai.

Ia juga membenarkan penguat kuasa agama menggari suspek, selain menjadikan video sebagai bukti dalam perbicaraan.

Tindakan kerajaan negeri itu bagaimanapun dikritik bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap ia usaha terdesak PAS kerana tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana