Undang-undang kuno diperjuangkan untuk apa ujar Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan tindakan Kelantan meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai sebagai tindakan terdesak.

Ahli Dap tidak terkejut kerana PAS tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan RUU tersebut. Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek jenayah syariah, dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Adun Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail mengalu-alukan RUU itu kerana Umno sentiasa menyokong usaha memartabatkan undang-undang syariah.

“Benda yang baik untuk umat Islam,” katanya kepada FMT, dan menambah Umno menyokong kerana tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Sementara itu, satu-satunya wakil rakyat PKR di Kelantan, Adun Guchil Mohamad Roslan Puteh berkata PKR menyokong RUU itu dengan bersyarat.

“Setuju jika menepati dan selari sebagaimana syarat dan kaedah serta perlaksanaan hukuman dalam Islam,” katanya.

Roslan sebelum ini dipuji PAS kerana menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) dilaksanakan di negeri itu, walaupun dikatakan mendapat tentangan daripada wakil rakyat PKR lain. EKJS II sebelum ini dilaporkan sebagai enakmen hudud, qisas dan takzir.

Ditemui pemberita di luar Dewan hari ini, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu diluluskan sebagai persiapan untuk melaksanakan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, jika ia diluluskan di Parlimen kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana