Umat Islam Perlu Faham Batas Pelihara Anjing

Umat Islam di negara ini digesa untuk memahami tatacara dan batasan dalam memegang dan memelihara anjing bagi memastikan tiada kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam bukan sahaja mengajar kita untuk menghormati manusia tetapi juga binatang yang termasuk dalam golongan makhluk ALLAH.

“Seorang Muslim yang berpegang teguh dengan mazhab Imam Shafie seharusnya menjaga batasan perhubungan di antara diri mereka dengan binatang seperti anjing dan babi,” katanya ketika sidang media di majlis rumah terbuka di Dewan Terbuka Guar Chempedak hari ini.

Jamil berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang tanpa segan silu memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing bernama Bubu pada 1 Julai 2017, pada jam 2.11 petang.

Katanya, ini adalah bukan bertujuan untuk menyakitkan binatang tetapi ia berhubung kait dengan ibadah seseorang Muslim.

“Jika ada perhubungan dengan binatang tersebut yang membawa kepada kumpulan najis berat iaitu mughallazah kita perlu melakukan pembersihan seperti yang dituntut dalam Islam.

“Namun begitu, Islam membenarkan keperluan menjaga binatang seperti anjing bagi tujuan yang telah ditetapkan seperti mengawal keselamatan, pemburuan dan penjagaan rumah, tetapi ia tetap memerlukan batasan dalam perhubungan antara individu tersebut dengan anjing berkenaan,” katanya.

Menurut Jamil, Jakim telah mengeluarkan kenyataan dan kita sebagai orang Islam perlu memahami hukum agama yang diamalkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kenapa tidak mempertontonkan perhubungan antara anjing dan diri mereka dalam bentuk yang boleh memperlihatkan satu hubungan dengan binatang dengan cara yang masih menjaga batas.

“Ini akan lebih memberi pengajaran ilmu dalam proses menyantuni binatang seperti ini. Saya rasa sebelum kita menyentuh binatang yang bernajis berat ini, perlu terlebih dahulu memahami etika dan peraturan akan bagaimana kaedah penyucian selepas bersentuhan.

“Kita tidak mahu isu seperti ini menjadi penyebab kita sesama Islam bergaduh,” tegasnya.

Menurutnya, berdasarkan Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan itu malah mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar tidak menjejaskan amal ibadat seharian. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana