‘ULAR TIGA KEPALA’, NAK KETUK YANG MANA DULU?

Petang tadi, penulis berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa rakan penulis yang menjadi tonggak PAS di sebuah majlis terbuka Aidilfitri. Tidak puas berbual dengan rakan lama di majlis itu, sembang kami bersambung di kedai mamak…

Topik tumpuan kami sudah tentu tentang kisah ‘ular tiga kepala’. Rakan-rakan penulis bukan calang-calang, semuanya graduan yang memiliki sarjana dan salah seorangnya pemilik Phd dalam bidang sains politik. Pandangan mereka agak kritis meskipun ahli PAS.

Mengulas mengenai ‘ular ajaib’ itu, mulanya mereka ketawa besar. Puncanya apabila salah seorang dari mereka bertanya, ‘hendak diketuk kepala yang mana satu terlebih dahulu?’. Berderai ketawa kami di kedai mamak.

Pada pandangan mereka, ‘ular tiga kepala’ itu tidak akan ke mana perginya. Gabungan DAP, PKR, ‘Bunga’ dan PAN hanya akan membuat pakatan mereka lebih tidak sepakat kerana realitinya masing-masing membawa agenda masing-masing.

Kata mereka, ‘ular cacat’ itu mungkin boleh tipu media dan rakyat melalui kenyataan berbaur retorik, namun realitinya mereka semua ada agenda tersembunyi. Setiap parti itu mahu jadi Perdana Menteri dan menguasai politik negara.

Ia adalah disebabkan mereka semua membawa perjuangan politik semata-mata yang tidak mempunyai ‘jiwa’. Perjuangan politik mereka bagaikan ‘kosong tidak terisi’. Hanya bermotifkan kuasa dan jawatan semata-mata, tanpa memikirkan soal yang lebih penting.

Pada hemat mereka, ia adalah sangat bertentangan dengan PAS yang meletakkan politik itu sebagai sebahagian dari cabang perjuangan jemaahnya yang mencari redha Allah. Itulah pengisian ‘jiwa’ PAS yang tulen oleh puak-puak yang ‘bertuhankan’ politik itu, kata mereka.

Mengulas mengenai kebarangkalian ‘ular kepala tiga’ itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sekali lagi ketawa mereka berderai…

Bagaimana ‘ular kepala tiga’ itu mahu menang dan membentuk kerajaan jika PAS pun mereka gagal kalahkan? PAS yang sudah lama, stabil, teguh dan mempunyai ramai penyokong pun masih gagal menggugat BN kecuali di Kelantan, inikan pula ‘ular kepala tiga’ yang baru ‘tumbuh’?

Tegas mereka setiap perjuangan parti perlu mendapat keyakinan pengundi untuk memilih calon mereka pada setiap pilihan raya. Sebuah parti yang baru lahir, memerlukan tempoh masa yang panjang untuk meyakinkan pengundi dengan perjuangan mereka.

Perjuangan mereka perlulah jelas dan terbukti mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Jika baru setahun jagung ditubuhkan, nampak tenang dipermukaan tapi bergolak teruk di dalam, bagaimana rakyat hendak yakin? Rakyat tidak buta, kata mereka.

‘Ular tiga kepala’ itu pula terdiri dari dua parti serpihan yang layak dikategorikan baru dan satu parti yang baru ‘remaja’. Hanya ada satu parti tunjang sahaja iaitu DAP. Adalah sangat jelas ‘ular’ itu dikuasai DAP walaupun ‘kepala ular’ itu tiada ‘cop mohor’ DAP.

Justeru itu katanya, tidak mungkin Melayu beragama Islam di negara ini akan yakin dengan ‘ular tiga kepala’, kecuali mereka yang liberal, taksub, malas berfikir, mudah terpengaruh, tidak intelek dan hanya bersandarkan ilmu ‘taqlid’ semata-mata.

Kerana itulah pada pandangan rakan-rakan PAS penulis itu, pra PRU ke-14 kali ini akan menyaksikan pertembungan sengit antara ‘ular kepala tiga’ sesama mereka. Mereka tidak bergaduh di luar, namun bergaduh teruk ‘di dalam’.

Kesimpulan mereka mudah. PRU ke-14 nanti akan menyaksikan BN akan terus diberi mandat oleh pengundi sebagai kerajaan. PAS pula akan menjadi pembangkang yang kuat dan sihat di negara ini. Hanya kedua parti itu yang masih diyakini rakyat di negara ini.

‘Ular kepala tiga’ pula hanya akan bertelagah sesama mereka. Rakyat di akar umbi sendiri sudah loya dan bosan dengan kerenah politik kotor, sifat tamak kuasa, suka mencetus kebencian, mencipta tuduhan tanpa bukti dan menipu rakyat.

Rakyat tidak akan terpedaya dengan mereka. Rakyat hanya akan rasa terhibur sedikit melihat episod-episod drama mereka yang bagai sketsa wayang kulit di panggung politik murahan. Aksinya lebih, tapi penuh kepura-puraan…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana