Tingkap kereta dipecahkan, Maria Chin buat laporan polis...TAhu Takut KEnapa Buat Report Polis

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah membuat laporan polis selepas tingkap kereta sebelah bahagian pemandunya dipecahkan ketika beliau sedang memandu kereta, semalam.

Beliau membuat laporan polis terbabit di Balai Polis Kelana Jaya kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Menceritakan kejadian terbabit, Maria berkata ketika memandu kira-kira jam 5.20 petang Selasa menuju ke Kuala Lumpur, individu tidak dikenali membaling objek dan terkena bahagian cermin sebelah pemandu.

“Cermin kereta saya telah pecah dan retak. Saya tidak mengalami sebarang apa-apa kecederaan,” katanya, dan menambah beliau tidak pasti sama ada individu terbabit mengekorinya atau tidak.

“Kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya.

Beliau menambah, sebelum kejadian itu juga terdapat individu menghubungi pejabat Bersih dan menjerit “bodoh” kepada salah seorang kakitangannya.

Maria membuat laporan polis kerana sebelum ini beliau dan keluarga pernah menerima tiga kali ugutan bunuh.

Katanya, kali pertama beliau menerima ugutan bunuh adalah pada 18 Oktober tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana