TAK SENGAJA MUKHRIZ BUKTIKAN MUHYIDDIN PEMBOHONG KETIKA DALAM UMNO

Ingat semula, pada Februari 2016, Datuk Seri Azalina Othman Said pernah mendakwa wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada ketika itu turut berkocak mengenai serangan Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.Namun, kenyataan Azalina itu dibalas oleh Muhyiddin pada Mac 2016, yang pada ketika itu masih berstatus ahli UMNO, dengan menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan.

Kita boleh cari maklumat ini, bagaimana kumpulan pro Muhyiddin, pro Menteri Besar Kedah (ketika itu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kumpulan pro Tun Dr Mahathir Mohamad menjaja penafian pemimpin idola mereka.

 Lebih jelek lagi kumpulan ini tidak henti-henti menghina dan memperkecilkan Azalina dengan pelbagai serangan, termasuklah yang menyentuh peribadi.Semalam, Mukhriz mengakui bahawa ayahnya dan Muhyiddin berkongsi tujuan yang sama tetapi bukan berkomplot.

Tujuan yang dimaksudkan itu adalah agenda untuk menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang dilakukan secara tersembunyi bersama-sama Dr Mahathir.Lucu sungguh jawapan mantan Menteri Besar Kedah ini. Harta mungkin dapat diwarisi, namun jelas Mukhriz tidak mewarisi kehebatan putar belit atau seni “u-turn” bapanya.

Sekarang terpulanglah kepada netizen untuk menilai trio M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) ini sebagai apa. Mungkin dahulu mereka masih tidak percaya bahawa trio M ini berbohong dan memfitnah. Tetapi sekarang semuanya telah terbukti jelas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana