Sumpah dalam masjid, junjung Al-Quran, Apandi kata Tun M 'kebudak-budakan'

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kebudak-budakan selepas memintanya bersumpah dalam masjid kerana didakwa melindungi Datuk Seri Najib Razak dalam skandal wang RM2.6 bilion.

“Beliau menjadi kebudak-budakan…mungkin zaman kanak-kanak ke-2 atau ke-3. Saya kasihankan beliau,” kata Apandi sebagaimana memetik laporan Free Malaysia Today, hari ini.

Dr Mahathir pada semalam mendakwa Apandi sebagai berdosa kerana cuba melindungi Perdana Menteri dari didakwa di mahkamah kerana menerima RM2.6 bilion dan menyerahkan RM2.3 bilion kepada seorang warga Arab Saudi.

Menuduh Apandi sebagai pecah amanah dan berbohong, Dr Mahathir juga menggelarkan Apandi tidak takut dengan Allah kerana laporan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketua audit negara berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri, daripada orang ramai.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kemudiannya menyuruh Apandi mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid untuk membersihkan dirinya dari disabitkan terlibat dengan dakwaan itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata akan mengambil tindakan terhadap Apandi jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, namun dijawab oleh peguam berkenaan bahawa beliau hanya menjalankan tugas dan hanya takut kepada Allah SWT.

Tahun lalu Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB, tetapi berkata fail itu belum ditutup.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment