Sokongan Tun M Kepada Anwar, DAP Politik Manipulasi Berbahaya

MELAKA: Tindakan bekas Perdana Mmenteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat 'pusingan-U' dengan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, adalah politik manipulasi yang berbahaya kepada rakyat dan negara ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata politik manipulasi dimainkan Dr Mahathir bertujuan untuk memanipulasi rakyat demi mencapai matlamat peribadi beliau.
"Ini amat tidak baik bagi sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun Negara. Apa akan jadi kepada rakyat dan negara jika manipulasi Tun M diterima,” katanya.

Dr Mahathir ketika lawatan beliau ke London baru-baru ini dilaporkan menyatakan sokongan kepada Anwar, bekas timbalan perdana menteri, sebagai perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Namun Jumaat hari lepas, Dr Mahathir dilaporkan cuba menafikan beliau menyokong Anwar seperti dilapor akhbar tersebut.-- Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment