Siapakah Dia NI.......Anak Raja Petra Sertai Gerakan

PETALING JAYA: Raja Sara Petra, anak perempuan penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyertai Gerakan dan akan menyelia perancangan parti itu untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Raja Sara, 29, diperkenalkan kepada ramai semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Gerakan di Kompleks Penyayang Bakti di Bandar Sri Damansara pada Sabtu.
Beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada golongan beliau agar bersama-sama melakukan sesuatu untuk negara.

"Ramai belia mengadu di media sosial seperti Facebook bahawa mereka kecewa dengan situasi di Malaysia. Namun kita ada tujuh juta penduduk yang boleh mengundi tetapi masih tidak menunaikan tanggungjawab itu.

"Anda sayangkan negara anda, jadi kali ini tunjukkannya. Ia hanya mengambil masa sejam untuk keluar dan mengundi," kata Raja Sara.Jelas Raja Sara, beliau sudah menyertai Gerakan dalam tempoh kurang setahun."Ia sebuah parti berbilang kaum dan saya percaya pada Malaysia yang berbilang kaum," katanya ketika ditanya mengenai sebab menyertai parti itu.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau menyerahkan tugas kepada Raja Sara untuk menyelia sumbangan parti itu kepada inisiatif TN50.
"Kami di Gerakan amat proaktif dan bekerja keras. Kami sedang merangka pelan untuk menjadi sebahagian daripada TN50.

"Kami menggalakkan lebih ramai golongan belia seperti Raja Sara menyertai parti ini. Kami mahu golongan muda yang berfikiran terbuka dan mewakili ideologi 'Bangsa Malaysia' untuk menyumbang kepada parti.

"Golongan beliau pasti membawa lebih banyak idea kepada TN50," katanya.
Raja Sara berkata beliau masih terlibat dengan perbincangan bersama pemimpin parti dan Gerakan Wanita untuk merangka pelan bagi TN50.
"Setakat ini tiada apa telah ditetapkan memandangkan saya masih baru di dalam parti," katanya ketika ditanya jika beliau mahu memegang sebarang jawatan di dalam parti itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment