Semua calon DAP tak boleh tanding PRU14 jika tak buat pemilihan semula jawatan CEC – TPM Zahid

Panas…jika DAP ingat mereka boleh main-main dengan arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya adakan pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Pusat ( CEC) …mereka sendiri kena tanggong akibatnya.

Jika itu berlaku semua calon DAP tidak boleh bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Padah itu dijelaskan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam sidang akhbar pagi Ahad selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Gombak di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur.

Katanya beliau telah meneliti semua reaksi berbagai pihak pada arahan yang dikeluarkan ROS itu.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kata beliau dapati ada kemungkinan besar DAP akan engkar pada arahan adakan pemilihan semula itu.

Katanya ROS sendiri tidak akan bertindak batalkan pendaftaran parti DAP.

Sebaliknya dari perundangan dan perlembagaan DAP sendiri jika tidak buat pemilihan semula maka semua pemegang jawatan CEC adalah tidak sah.

Beliau menjelaskan semua calon yang nak bertanding PRU 14 nanti mesti ada surat watikah yang ditandatangani oleh pimpinan parti.

Zahid memberitahu jika tidak adakan pemilihan semula maka surat watikah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung atau pemegang jawatan CEC ‘ tak laku’ kerana jawatan mereka tidak sah.

Menurutnya ROS arah pemilihan semula jawatan CEC DAP sebagai mengikuti perlembagaan DAP dan apa yang termaktub  dalam akta pertubuhan sendiri.

Katanya surat bertulis arahan ROS itu akan dihantar minggu depan dan jika mereka tidak patuhi arahan itu calon DAP tidak boleh bertanding PRU14.

Zahid kata beliau tidak campurtangan dalam soal itu tetapi semua ini adalah termaktub dalam perlembagaan DAP dan akta pertubuhan.

Beliau menjelaskan biarpun DAP sudah adakan pemilihan pada tahun 2012  dan pemilihan semula pada September 2013 tetapi komposisi perwakilan tidak ikut tahun 2012.

Itu yang dijadikan panduan oleh ROS dalam buat keputusan.

Beliau nafikan ROS nak campurtangan dalam hal DAP.

“Ini harus jelas..saya harap apa yang saya sampaikan ini difahami oleh pimpinan DAP…jangan jadikan saya secara peribadi sebagai penyebab…tidak….saya arahkan ROS bertindak secara professional,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana