Selepas Berebut Jawatan PM, Jawatan MB Kelantan Pula Jadi Pertikaian

Beberapa bulan yang lalu, antara topik yang paling hangat dibincangkan di dalam Pakatan Harapan adalah pemilihan siapa yang paling layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Pelbagai nama dikemukakan dengan PKR masih kekal dengan pendirian untuk meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Bagi PAN pula, secara tiba-tiba, Timbalan Presiden PAN, Salehuddin Ayub menamakan Mohamad Sabu sebagai calon partinya. Di pihak PPBM pula, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri.

Di pihak DAP pula, mereka lebih senang sekiranya Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Lim Kit Siang di angkat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kesemua ini telah mengundang kemelutnya yang tersendiri dengan ada diantaranya saling berbalas kenyataan di dada-dada media memperlekehkan kemapuan antara satu sama lain.

Sebenarnya, kemelut siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri ini tidak pernah selesai sehingga hari ini walaupun hal ini tidak lagi menjadi topik bualan hangat Pakatan Harapan. Namun begitu, sejak kelmarin, isu membabitkan siapa yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pula secara tiba-tiba muncul dan menjadi topik bualan.

Semuanya gara-gara kenyataan Lim Kit Siang dalam satu ceramah umum yang secara terbuka menabalkan ADUN Salor, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang paling layak sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Kelantan dari tangan PAS. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan polemiknya yang tersendiri.

Pertamanya, adakah Lim Kit Siang mahupun Pakatan Harapan begitu yakin yang mereka mampu menawan Kelantan? Ini kerana, difahamkan, PAN adalah parti yang diarahkan DAP untuk menumbangkan PAS. Masalahnya, PAN adalah sebuah parti serpihan yang dianggotai oleh para pengkhianat dalaman PAS sebelum ini. Dalam hal ini, mampukah PAN menumbangkan PAS di gelanggang milik PAS sejak lebih 20 tahun yang lalu?

Keduanya, imej Husam Musa sendiri yang dilihat tidak popular di Kelantan walaupun ramai yang mengetahui bahawa Husam merupakan anak didik paling rapat dengan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Imej Husam yang buka ulama menjadi antara halangan utama yang harus ditempuhi Husam untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Agak mengejutkan juga kerana pada masa yang sama, PKR dan PPBM juga turut mengintai peluang meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar. Mungkin impian ini agak tipis memandangkan persaingan di Kelantan lebih tertumpu kepada saingan antara PAS dan PAN. Namun, siapa mungkin dapat menolak kemungkinan calon dari kedua-dua parti ini untuk diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Tetapi, percayalah, apa sahaja yang diputuskan oleh Lim Kit Siang dan DAP akan dituruti oleh semua parti komponen Pakatan Harapan tanpa ada sebarang bantahan. Walaupun mungkin ada yang kurang senang dengan pemilihan ini kerana mereka menganggap Mat Sabulah yang paling layak kerana dia adalah Presiden PAN, namun, keputusan Lim Kit Siang dan DAP tidak mungkin mampu disanggah!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana