Saya terima cadangan Kit Siang, kata Husam...Muka Tidak Tahu Maluuuuu

SHAH ALAM: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menerima dengan hati terbuka cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Walau bagaimanapun ADUN Salor itu berkata, cadangan itu diterimanya buat masa ini atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen PH.

"Buat sementara ini saya terima saya dinamakan. Sementara ada orang lain yang lebih berkelayakan bagi tujuan seperti yang saya sebutkan tadi. Supaya rakyat Kelantan boleh mudah nampak siapa yang nak pimpin mereka, apa latar belakang mereka. Supaya parti-parti dalam pakatan boleh bersatu tenaga.

"Syarat dia ialah perkara ini diterima oleh parti. Kalau parti-parti dalam pakatan tak boleh nak terima maka tak jadilah. Kalau parti dalam pakatan terima sementara boleh lah saya terima. Bagi tujuan-tujuan strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan. Kalau ada orang lain yang lebih layak saya akan beri pada orang itu jadi MB. Jadi sementara," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Husam berpendapat penamaan pemimpin bayangan untuk memimpin negeri itu bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada rakyat.

Walaubagaimanapun katanya, cadangan itu belum pernah dibincangkan di peringkat mesyuarat barisan kepimpinan PH.

Dalam pada itu, Husam turut mencabar PAS untuk menamakan calon Menteri Besar mereka seterusnya yang bakal meneruskan legasi pentadbiran parti berkenaan sekiranya menang sekali lagi di negeri tersebut.

Dakwanya lagi, PAS seolah-olah sudah tahu bakal tewas ekoran dilihat hebat mengkritik cadangan Kit Siang yang menamakan beliau sebagai calon Menteri Besar di negeri tersebut.

"Cadangan ini telah dikritik hebat oleh PAS khususnya. Saya rasa teruja iaitu PAS macam yakin dia akan hilang kerajaan. Jadi kalau dia tidak hilang kerajaan kenapa dia nak bahas MB orang lain. Dia kena namakan MB dia sendiri. Siapa seterusnya unyuk PAS Kelantan.

“Adakah Ahmad Yaacob akan jadi MB sekali lagi atau Datuk Nik Amar atau Ustaz Nik Abduh kita pun nak tahu. Kita pakatan pun nak tahu siapa calon MB PAS sebab Kelantan di bawah PAS. Takkan PAS tidak boleh namakan calon MB," soalnya.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP itu menamakan Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PH berjaya menawan negeri itu daripada PAS.

Katanya, beliau percaya Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

Husam merupakan bekas naib presiden PAS dan dipecat pada Mei 2016 kerana melanggar disiplin dan tatatertib parti ekoran lantang mengkritik kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL