Saya tahu pembangkang kacau Bagan Datuk

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa orang luar supaya tidak mengganggu gugat kestabilan politik di Bagan Datuk.

Beliau berkata campur tangan politik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dua penggal terdahulu menyebabkan tsunami politik kepada sebahagian pengundi Parlimen kawasan itu.

Sehubungan itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meminta para penduduk di kawasan itu supaya bersatu demi pembangunan tanpa mempercayai anasir negatif luar.

“Saya tahu ada pembangkang dari Teluk Intan, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Kuala Lumpur datang kacau kita.

“Kita perlu bersatu atas nama pembanguan dan kemajuan untuk semua rakyat Bagan Datuk,” tegas beliau dalam majlis Jamuan Mesra Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bagan Datuk di SJK Cina Sin Min Sungai Tiang malam tadi.

Turut hadir Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon serta hampir 2,000 warga pendidik dari 11 sekolah SJK Cina di Bagan Datuk.

Pada majlis itu, Zahid turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM200,000 kepada SJK Cina dan SJK Tamil di Bagan Datuk bagi mengadakan kelas tambahan pelajar.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment