“SAYA PUN BANYAK BENDA NAK BANGKIT KEPADA MAHATHIR” – PUAD ZARKASHI

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi menyifatkan kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan dengan sesiapa sahaja dari pihak kerajaan dalam forum ‘Nothing To Hide” merupakan satu penghargaan baginya.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata forum itu merupakan platform terbaik baginya bersemuka dengan bekas perdana menteri untuk merungkai pelbagai persoalan berkaitan isu politik dan semasa.

“Saya difahamkan Tun Dr Mahathir semalam bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dalam forum berkenaan. Ini satu peluang terbaik untuk saya bersemuka dengan beliau dalam satu forum.

“Jadi tidak, kami berbalas-balas kenyataan di dalam media sosial… saya pun banyak benda yang mahu dibangkitkan kepada beliau (Dr Mahathir),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri JASA Terengganu di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Puad sebelum ini menyatakan kesediaan beliau menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berdepan dengan Dr Mahathir dalam forum anjuran Armada PPBM itu yang dijadualkan berlangsung Ogos depan. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana