Salleh selar Pakatan Harapan politikkan isu RCI

Pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata keputusan itu dibuat, bukan bermotifkan politik, sebaliknya berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (STF) diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

“Kabinet  membuat keputusan tepat untuk menubuhkan RCI kerana negara dan rakyat inginkan kebenaran.

“Keputusan itu dibuat disebabkan kerugian urus niaga matawang asing ini  adalah terlalu besar yang mengakibatkan BNM secara teknikalnya menjadi bankrap,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Bendahari UMNO itu, rancangan Pakatan Harapan untuk mengadakan perhimpunan serta sesi penerangan berkaitan perkara hanya mengelirukan rakyat serta boleh menjejaskan siasatan oleh RCI.

“Ini jelas sekali menunjukkan mereka merupakan pembangkang yang gagal disebabkan mereka mengamalkan pilih kasih.

“Semasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam UMNO, mereka mendesak supaya ditubuhkan RCI. Sekarang Dr Mahathir bersama mereka, tetapi mereka menolak,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet bersetuju sebulat suara dengan syor STF bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam urus niaga matawang asing oleh BNM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana