RAFIZI RAMLI DAN ANALISA AMATURNYA TENTANG RINGGIT

Ringgit tercorot sejak jadi Najib Razak jadi Perdana Menteri? Kepada yang less informed, kurang arif dan tak faham faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan matawang sudah tentu akan percaya bulat-bulat dengan apa yang Rafizi tulis. Saya pasti banyak yang like tak faham dan tak baca pun apa yang dia tulis. Dengan hanya meletakkan grafik jelik Perdana Menteri sudah cukup untuk memperdayakan orang ramai yang terikut-ikut dengan sentimen anti kerajaan.

Analisa yang dibuat Rafizi Ramli juga adalah salah satu lagi analisa di antara banyak analisa amatur sebelum ini yang menunjukkan kejahilan seorang bekas akauntan yang jahil ilmu berkaitan ekonomi dan kewangan antarabangsa. Analisa ini juga tidak ada kaitan dengan ekonomi mahupun kewangan tetapi bersifat politik untuk membangkitkan kebencian orang ramai kepada kerajaan dan PM.

Pertama sekali Rafizi Ramli membandingkan prestasi Ringgit dengan matawang Asia yang lain bagi tempoh masa 2007 sehingga 2017 kononnya untuk menunjukkan bagaimana Ringgit susut teruk sejak Najib Razak mula menjadi Menteri Kewangan dan kemudiannya Perdana Menteri.

Saya nak puji Rafizi Ramli sebab berani bagitau followers beliau bahawa bagi tempoh 2007 sehingga 2017, matawang “tercorot” di Asia adalah Indonesian Rupiah dan Vietnamese Dong dan bukannya Ringgit Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama saya nak gelakkan Rafizi apabila dia membandingkan prestasi Thai Baht dengan Ringgit sepanjang 2007 – 2017 di mana dia kata Thai Baht tidak banyak berubah walaupun berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera, kacau bilau, tunjuk perasaan baju merah vs baju kuning dan lain-lain.

Kenapa prestasi Thai Baht 2007 – 2017 lebih baik berbanding Ringgit dalam tempoh yang sama?

1. Dalam tempoh 2007 sehingga 2017, secara purata harga minyak mentah dunia (Brent) jatuh daripada $70 sehingga $100 per barrel kepada hanya $40 – $50 kebelakangan ini.

2. Thailand adalah pengimport minyak & gas terbesar di Asia Tenggara, manakala Malaysia pula merupakan pengeksport terbesar di Asia tenggara.

3. Apabila harga minyak jatuh pengimport tenaga seperti Thailand akan mendapat keuntungan kerana kos mengimport tenaga mereka berkurang manakala pengeksport tenaga seperti Malaysia akan kerugian kerana pendapatan hasil eksport tenaga berkurang.

4. Ini akan menyebabkan lebihan dagangan pengimport (Thailand) meningkat manakala lebihan dagangan pengeksport (Malaysia) berkurang.

5. Oleh sebab itulah Thai Baht mencatatkan prestasi lebih baik berbanding Ringgit Malaysia.

Perkara berkaitan Ringgit vs Thai Baht ini sudah pun saya ulas panjang lebar tahun lepas di dalam blog saya: http://syahir521.blogspot.my/2016/12/ringgit-tak-laku-dekat-thailand.html – Mohon Rafizi dan pengikut-pengikut beliau baca.

Yang kedua, Rafizi Ramli mengulangi apa yang pemimpin pembangkang lain selalu cakap, bahawa Ringgit merosot sejak 2015 disebabkan berita “skandal” 1MDB dan “derma” yang dilaporkan WSJ. Ini juga analisa amatur yang tidak berlandaskan fakta sebenar berasakan keadaan ekonomi dan kewangan dunia.

Rafizi Ramli menunjukkan bahawa Ringgit adalah matawang tercorot di Asia sejak 2015 sehingga sekarang. Ya benar, Ringgit menyusut dengan kadar paling tinggi sejak 2015 berbanding matawang Asia yang lain. Ini juga adalah disebabkan kejatuhan harga minyak dunia mendadak lebih 70% daripada $110 pada 2014 sehingga ke paras bawah $30 pada tahun lepas (2016). Walaupun harga minyak meningkat sedikit kepada $50 sekarang, harga minyak mentah masih lagi lebih 50% lebih rendah berbanding pada tahun 2014.

Selaku pengeksport minyak dan gas, sudah pasti Ringgit terkesan jika dibandingkan dengan matawang negara-negara yang Rafizi Ramli bandingkan iaitu Singapore Dollar, Thailand Baht, Indonesian Rupiah, Philippine Peso, Vietnamese Dong dan South Korean Won yang mana semuanya adalah pengimport bersih (import lebih besar daripada eksport) minyak mentah dunia.

Untuk mengesahkan samada benar Ringgit terkesan dengan kejatuhan harga minyak, saya bandingkan prestasi Ringgit vs US Dollar dengan matawang negara pengeksport minyak yang lain dan yang mengapungkan (free float) matawang mereka seperti Canadian Dollar, Mexican Peso, Australian Dollar, Norweign Krone, Russian Ruble dan seperti yang kita boleh lihat dalam carta di bawah semua matawang tersebut termasuk Ringgit susut pada tahun 2015 dan mencatatkan penyusutan lebih kurang sama malah matawang seperti Brazilian Real dan Russian Ruble mencatatkan prestasi lebih teruk daripada Ringgit Malaysia.

Perbandingan prestasi matawang pengeksport minyak lebih sesuai dalam konteks menentukan faktor kejatuhan matawang berbanding dengan matawang negara Asia yang lain yang bukan pengeksport minyak.

Adakah di Canada, Mexico, Russia, Norway, Australia, Brazil dan negara pengeksport bersih minyak yang matawang mereka jatuh sepanjang dua tahun lepas ada syarikat milik kerajaan seumpama 1MDB?

Yang terakhir benarkah prestasi Ringgit tercorot sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri? Di dalam sejarah tukaran matawang USD – MYR, Ringgit pernah mencecah paras terendah pada Januari 1998 iaitu pada paras 4.5450. Pada tahun Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 1981, Ringgit didagangkan pada paras 2.2433 berbanding US Dollar. Daripada mula pentadbiran Mahathir, sehingga Ringgit ke paras terendah di kemuncak krisis ekonomi dan kewangan terburuk Malaysia pernah alami, USDMYR meningkat lebih 100%.

Begitu juga apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada awal 90-an, Ringgit didagangkan pada paras 2.6065 kemudiannya susut sehinga 4.5450 pada tahun 1998.

Gabungan dua tokoh terkemuka Mahathir dan Anwar lah yang mencatatkan prestasi Ringgit tercorot dalam sejarah Ringgit Malaysia.

Adakah ada skandal yang lebih besar pada zaman 90 an? Pandai-pandailah Google sejarahnya.

Berapa kali lagi Rafizi Ramli perlu dibuktikan salah supaya beliau berhenti membuat analisa separuh masak seperti ini? Tentang harga minyak, tentang GST, tentang Tabung Haji semuanya analisa-analisa yang akhirnya terbukti tidak tepat dan tersasar.

Berapa banyak kali lagi hendak kita tertipu dengan berita palsu, penyelewengan fakta dan fitnah jahat Rafizi Ramli?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana