PRU-14 PLATFORM TERBAIK BN KEMBALI KUASAI 2/3 MAJORITI DEWAN RAKYAT – AHMAD ZAHID

Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) adalah masa yang paling terbaik untuk Barisan Nasional (BN) kembali menguasai 2/3 suara majoriti di Dewan Rakyat, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu beliau menyeru seluruh anggota UMNO dan parti-parti komponen BN supaya bekerja keras dan pintar untuk memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan.

Selain itu katanya, jentera BN juga perlu sentiasa peka dengan tindak-tanduk pakatan pembangkang yang sentiasa tidak senang dengan apa juga yang dilaksanakan BN selaku pemerintah.

“Kita akan diuji sekali lagi dalam PRU14. Kali ini menentukan bahawa UMNO dan parti komponen mesti bekerja keras dan pintar untuk memastikan pada PRU14 kita akan lihat samada kita berjaya atau kecundang.

“Tetapi saya amat yakin berdasarkan komitmen pimpinan di setiap peringkat, ini tika yang terbaik untuk kita memiliki 2/3 suara majoriti di Dewan Rakyat.

“Jadi apabila kita bermatlamat peroleh 2/3 majoriti, di dalam usaha kita untuk memperkukuhkan jentera pilihanraya kita, kita juga harus mengkaji apa yang dilakukan oleh puak di sana yang tidak senang dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat, di sini, hari ini.

Keyakinannya itu adalah berdasarkan kepada apa yang disifatkan beliau sebagai ‘gelombang politik’ yang sedang melanda hampir kesemua parti politik di negara ketika ini.

“Kita tahu bahawa di dalam keadaan yang berlaku di negara kita bagaimana gelombang politik melanda parti-parti politik yang berada di Malaysia ini. Ia bukan hanya berlaku pada UMNO dan BN. Ia turut melanda parti lain seperti PAS sehingga berpecah dua. Begitu juga dalam PKR

“Kita tahu juga ada kelompok dalam DAP yang berbeza pandangan dan sehingga sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah pemilihan Jawatankuasa Pusatnya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana