PM libas legasi Dr Mahathir…banyak untungkan kroni...Apa Tidaknya Project Kerajaan MEsti Nak Libatkan Kroninya

Siapa yang tidak marah dan tidak kepuasan Hati jika ini masih berlaku atau ikut kehendak Madey...Akan timbul lagi dengan pelbagai masalah akan timbul.Syabas PM buat tindakan betul...tidak melibatkan lagi dengan Kroni atau kenalan untuk dapatkan project daripada kerajaan.Ramai yang tidak tahu semuanya ini yang apa berlaku hari ini kononnya Madey ingin membentulkan kerajaan Najib.....Silap sebenarnya.
Sesiapa yang menjadi BOSS akan faham dilaluinya...Bekas BOSS plak suruh buat ini berikan kepada dia ini atau itu...Jadinya BOSS itu sapa...nak ikut kata bekas BOSS nya ker? 

Mereka yang kerap ikuti acara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cukup tahu beliau memang jarang nak sentuh isu politik tempatan ketika berucap kepada hadirin yang rata-rata terdiri dari ahli perniagaan dan pelabur tempatan maupun luar negara.

Selalunya beliau lepas bab-bab ini pada acara politik UMNO dan BN ataupun di himpunan bersama rakyat.

Namun dakyah dari blok pembangkang kebelakangan ini agak keterlaluan dan dibimbangi oleh pengaruhi komuniti perniagaan dan pelabur yang penting dalam sektor ekonomi negara.

Malah semasa berucap di Invest Malaysia 2017 di Kuala Lumpur Selasa Najib secara terbuka membangkitkan pekong legasi pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu yang dakwanya banyak untungkan kroni dan rugikan rakyat.

Kata Perdana Menteri kerajaan pimpinannya kini sedang mengambil banyak langkah untuk memperbaiki kepincangan akibat dasar-dasar bekas Perdana Menteri itu.

Menurutnya Dr Mahathir lebih gemar dasar ekonomi yang bertumpu kepada sebilangan ahli perniagaan dan syarikat yang akhirnya menyebabkan kekayaan diraih oleh sekumpulan elit  sahaja.

Katanya kini tidak ada lagi  apa yang disifatkannya sebagai ‘sweetheart deals’ dan perlu jaga ego seorang.

Najib berkata dibawah pimpinan Dr Mahathir banyak keistimewaan diberi yang menguntungkan sebilangan kecil rakan dan sebaliknya rakyat perlu menanggung nya dengan harga yang mahal.

Beliau berharap komuniti perniagaan dan pelabur tidak terpengaruh dengan blok pembangkang yang kini dipimpin oleh bekas Perdana Menteri itu.

Najib kata mereka telah ambil taktik memburuk-burukan kejayaan kerajaan di luar negara agar ahli perniagaan dan pelabur hilang keyakinan.

Beliau harap mereka periksa fakta terlebih dahulu jika berdepan dengan dakyah ini.

Perdana Menteri beri jaminan kerajaan akan sentiasa ambil langkah yang betul untuk rakyat.

Mengenai 1MDB,Najib berkata kerajaan akan berdiri teguh dalam menghadapi dakyah untuk jatuhkan kerajaan menerusi isu kitaran musim pilihanraya itu.

Beliau menjelaskan langkah rasionalisasi syarikat 1MDB ketika ini berjalan dengan lancar.

Katanya kebanyakan aset yang sebelum ini dimiliki syarikat 1MDB meningkat.

"Seseorang hanya perlu memandu di hadapan Tun Razak Exchange untuk melihat proses pembinaan baharu untuk kepastian,”katanya.

Katanya sekiranya tidak ada isu 1MDB pembangkang akan cari isu lain dalam usaha mereka untuk tukar kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL