Pindaan POCA akan dibacakan dalam sidang Dewan kali ini

Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat bagi Penggal Kelima, Parlimen Ke-13 yang bermula Isnin.

Pindaan terhadap POCA antara lain akan memasukkan klausa tambahan bagi membolehkan jenayah terancang era digital menggunakan aplikasi baharu termasuk media sosial.

Kali terakhir POCA dipinda adalah pada 2013 yang digubal kerana ada keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang kian meningkat.

Ia membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, mesyuarat kedua penggal Kelima Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 12 hari bermula esok hingga 10 Ogos ini.

Katanya, persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama enam hari bermula 14 hingga 22 Ogos.  

"Sesi Mesyuarat Kedua kali ini tertumpu kepada Perbahasan RUU dan Urusan Kerajaan yang lain, " katanya.

Antara RUU yang telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat adalah RUU Keganasan Rumah Tangga ( Pindaan) 2017 dikemukakan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat; RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri; RUU Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 di bawah Menteri Sumber Manusia dan RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 di bawah Menteri Dalam Negeri.

Roosme berkata, waktu persidangan Dewan Rakyat yang ditetapkan ialah dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.  

"Waktu persidangan Kamar Khas yang berlangsung di Kamar Khas, Bangunan Utama Parlimen pula ialah dari jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang pada Isnin hingga Khamis menumpukan kepada Ucapan Usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di bawah Peraturan Mesyurat 17 Baharu, " katanya.

Persidangan Dewan Rakyat juga akan terus menyaksikan sesi khas yang menjadi tumpuan kini iaitu Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT Minister's Question Time) sesi selama 30 minit dengan Ahli-ahli mengeluarkan pemberitahuan bertulis satu hari terlebih dahulu diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermula sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana