PH mungkin hilang sokongan pengundi Tionghua - Penganalisis...

SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) bakal kehilangan sokongan pengundi berbangsa Tionghua pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

Edwin Michael Muniandi berkata perkara itu tidak mustahil berlaku selepas PH tidak meletakkan seorang pun wakil pemimpin DAP untuk menyandang jawatan tertinggi dalam struktur kepimpinan mereka sebagaimana yang diumumkan lewat malam tadi.  

"Ketiadaan DAP dalam kepimpinan baru ini mungkin akan memberikan satu signal kepada pengundi Cina yang mengundi DAP bahawasanya DAP sudah tidak relavan dalam PH.

"Ini mungkin akan memberikan kesan kepada menghakis keyakinan pengundi-pengundi Cina kepada DAP seolah-olah DAP gagal untuk memainkan peranan dalam PH kerana itu mereka tidak diberikan jawatan dalam kepimpinan tertinggi dan kehilangan undi untuk DAP dalam PRU akan datang dari pengundi cina amat tinggi," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, PH mengumumkan struktur kepimpinan mereka dengan memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad diumum sebagai Pengerusi kepada gabungan empat parti pembangkang tersebut.

Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilantik sebagai Ketua Umum PH, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.

Sementara itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diletakkan sebagai presiden PH.

Turut diumumkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohd Sabu masing-masing menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden PH.

Pengumuman itu mengundang persoalan bagaimana DAP sebagai sebuah parti lama di dalam PH tidak diberikan sebarang jawatan tertinggi di dalam gabungan itu, sebaliknya sekadar diwakili Guan Eng yang diletakkan sebagai timbalan presiden sahaja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak dalam reaksinya berpendapat, ketiadaan wakil DAP dalam tiga kedudukan teratas itu seolah-olah memperlihatkan sama ada DAP telah dipinggirkan oleh PH atau ia sebenarnya strategi supaya pakatan itu dilihat didominasi oleh pemimpin Melayu.

Mengulas lanjut, Edwin tidak menolak kemungkinan ia sebahagian daripada strategi PH untuk meraih sokongan pengundi Melayu dan Bumiputera semata-mata serta menangkis dakwaan kononnya PH dimonopoli dan dikuasai oleh DAP.

"PPBM baru sahaja ditubuhkan, padahal DAP sudah 60 tahun dah tetapi kenapa DAP tidak diberikan satu kedudukan yang penting dalam PH, ketiadaan DAP dalam majlis tertinggi PH yang baru ni memberikan satu mesej yang kuat seolah-olah undi masyarakat cina yang menyokong DAP ni tidak ada satu makna kepada PH, seolah-olah mereka lebih pentingkan undi daripada orang Melayu sahaja semata-mata.

"Kalau kita lihat keseluruhan kepimpinan yang baru ini, kita sedar ada yang tidak kena di mana DAP, kita tidak nampak di mana DAP sebab itu saya kata ini lebih kepada satu gandingan yang sekadar untuk menampakkan bahawa mereka sebenarnya adalah pro-melayu, pro-bumiputra dan DAP seolah-olah telah dipinggirkan.

"Mungkin ini boleh jadi strategi mereka untuk menunjukkan majlis tertinggi ini tidak dikuasai oleh DAP," ujarnya.

Pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu dalam masa yang sama mempersoalkan sama ada perjuangan PH yang dilaungkan selama ini untuk 'Selamatkan Malaysia' akan benar-benar menjadi kenyataan sekiranya wujud dominasi kaum tertentu dalam gabungan itu.  

"Ini juga tidak memberi satu refleksi atas apa yang mereka perjuangkan selama ini iaitu atas dasar selamatkan Malaysia, Malaysia ni bagi mereka melibatkan semua kaum tapi kalau kita lihat kepimpinan yang baru ni yang mendominasi ini adalah mereka yang datang dari satu kaum dan bukan kepelbagaian kaum

"Jadi perkara-perkara seperti ini menimbulkan persoalan ke arah mana sebenarnya Harapan (PH) hendak tuju dan apa sebenarnya motif Harapan ini, apakah benar Harapan ini sebenarnya berjuang untuk kaum minoriti seperti masyarakat Cina dan India,"katanya.

Selain daripada pengumuman barisan kepimpinan terbaru semalam, PH juga turut memuktamadkan pemilihan logo yang akan dihantar bersama senarai struktur kepimpinan mereka kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), dalam tempoh kurang seminggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana