Pengampunan diraja...Pakatan nak ugut sultan ke? - Tajuddin

Menipupun biarlah berpada-pada tetapi dalam  hal pengampunan diraja untuk boss pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh biarlah bertempat — jangan overconfident sangat.

Dalam hal dan isu sama, ada baik mereka mengambil nasihat dari ahli parlimen Pasir Salak, yang juga seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin biarpun dalam UMNO dan melihat pembangkang musuh politik namun kata-katanya dalam konteks pengampunan diraja bagi Anwar dilihat rasional.

Tun Mahathir Mohamad, yang cuba menguasai Pakatan Harapan melalui pelbagai drama minggu ini sesuai dengan nama gabungan tiga parti –DAP, PKR dan PPBM—dalam menipu rakyat dengan mendendangkan lagu-lagu  merdu seperti mendapatkan pengampunan diraja bagi Anwar.

Menurut laporan memetik kenyataan Tun Mahathir Mohamad, mereka (Pakatan) dalam tempoh 100 hari sebaik memperoleh kuasa pemerintahan akan memohon royal pardon atau pengampunan diraja untuk boss mereka, Anwar.

Untuk rekod Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kes jenayah seks dan bakal dibebaskan beberapa tahun lagi.

Ketika diajukan pertanyaan ini, Tajuddin secara serius meenasihatkan  Pakatan Harapan supaya tidak  terlalu yakin untuk menunaikan janji mendapatkan pengampunan Raja ke atas Anwar Ibrahim 100 Hari selepas memerintah negara sekiranya menang PRU ke 14.

Katanya ini kerana mungkin impian mereka meleset dan gagal melaksanakan janji itu.

Menurut Tajudin, banyak survey dibanyak tempat yang dibuatnya BN tetap akan dapat mengekal kedudukannya sebagai pemerintah di negara ini.

"Jadi harapan mereka tu mungkin melesetlah sampai masanya.

"Berkenaan Anwar Ibrahim nak mohon keampunan kepada Sultan boleh... tiada masalah apa tunggu 100 hari setelah menang sekarang pun boleh buat permohonan kepada Tuanku kan... apa beza dah menang dengan sekarang?

"Masa menang besok mereka nak ugut sultan ke ?.. sekarang ni dia tak boleh ugut pasal dia ingat dia bukan kerajaan tak ade kuasa besok dia ade kuasa dia nak ugut... oh itu sudak tak baik.

"Jadi sultan serta raja- raja kena memahami bahawa puak puak ini... puak-puak yang jahat sanggup mungkin akan mengugut pihak diraja. . . jadi saya punya pandangan jangan layanlah.

Tajudin berkata demikian pada jamuan aidilfitri Parlimen Pasir Salak di Degong, Sungai Manik pada malamm Sabtu. Lebih 9,000 tetamu hadir menjayakan majlis itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana