PENEROKA TETAP YAKIN DENGAN BARISAN NASIONAL (BN)

Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah angan-angan semata berikutan peneroka mempunyai keyakinan yang begitu tinggi terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata peneroka Felda menyedari kerajaan BN yang ditunjangi UMNO adalah parti pemerintah terbaik untuk mengurus negara serta amat berjasa khususnya membantu orang Melayu dan secara konsisten pula memberi bantuan kewangan dan subsidi, bonus tahunan, menjaga kebajikan serta pelbagai bantuan lain kepada masyarakat peneroka Felda.

“Dengan keyakinan pengundi Felda kepada Pemerintah ini, maka hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda adalah angan semata. Ini kerana warga Felda menyedari memberi sokongan kepada Pakatan Harapan boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com mengenai Felda dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata Felda sangat disayangi orang Melayu kerana kejayaannya memajukan orang Melayu dan mengubah taraf hidup golongan Melayu miskin di luar bandar.

“Justeru sayangnya Melayu pada Felda, maka Felda selalu disinonimkan dengan deposit tetap Parti Pemerintah,’ katanya.

“Ini dapat dilihat daripada keputusan PRU 2013. Dalam pilihan raya ini, peratusan pengundi Felda yang mengundi UMNO/BN cukup signifikan: peratusan tertinggi ialah Sabah (92%), Johor (86%), Perlis (78%), Negeri Sembilan (77%), Perak (75%), Melaka (74%), Kedah (74%), Selangor (73%), Terengganu (67%), Pahang (67%), dan Kelantan (61%),” kata Salleh.

Beliau turut mengimbas kembali sejarah Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein untuk membasmi kemiskinan orang Melayu melalui rancangan pembangunan tanah dengan penanaman tanaman sawit dan getah.

“Sejak penubuhannya, Felda membangun pesat dengan memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan tujuh buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit.

“Dengan keluasan tanamannya, Felda menguasai 20 peratus pasaran kelapa sawit di dunia dengan pendapatannya mencecah RM15 bilion setahun,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh berkata menerusi sokongan pengundi Felda kepada pemerintah adalah satu tugas sukar untuk Pakatan Harapan memenangi kerusi Felda dalam PRU ke-14.

Kebetulan, kenyataan Salleh itu dibuat ketika kerajaan menghargai sumbangan peneroka Felda melalui majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2017 peringkat kebangsaan, bertemakan ‘Ekspresi Negaraku Felda Malaysia’ secara besar-besaran di Putrajaya yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana